Kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK mengejutkan peminat apabila tiba-tiba memberikan petunjuk mengenai kemunculan semula mereka hari ini.

Maklumat mengenai kemunculan semula itu dimuat naik menerusi akaun Instagram dan Twitter rasmi BLACKPINK serta agensinya, YG Entertainment.

Foto tersebut mendedahkan tarikh untuk pra-rilis single BLACKPINK yang akan datang bermula pada 26 Jun, jam 6 petang.

BLACKPINK PRE-RELEASE SINGLE 2020.06.26 6pm Stay Tuned! #BLACKPINK #블랙핑크 #PreReleaseSingle #Comeback #TeaserPoster #20200626_6pm #Release #YG

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on


Tarikh itu juga menandakan bermulanya ‘comeback tiga langkah’ yang telah dinyatakan oleh YG Entertainment pada awal Mei lalu.




Sebelum ini, YG Entertainment juga mendedakan album penuh BLACKPINK akan dikeluarkan pada September dan diikuti dengan kemunculan lagu solo setiap anggota mereka.

BACA: “Rasa Bangga, Macam Jadi Ahli Kelima”- Sour Candy, Lady Gaga Teruja Dengar BLACKPINK Tafsir Lagu Dalam Bahasa Korea.

Dalam perkembangan terbaharu, BLACKPINK yang diaggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini telah bekerjasama dengan Lady Gaga menerusi lagu ‘Sour Candy’.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU