Drama terbaharu Korea, The World Of The Married telah mencipta fenomena baru dikalangan peminat K-Drama.

Drama yang mengisahkan tentang hubungan curang dalam rumah tangga ini telah berjaya merekodkan rating tertinggi sewaktu episod pertama bersiaran dan mencipta sejarah di saluran JTBC.

Malah, rating drama itu juga semakin meningkat pada setiap episod dan menjadi trending di media sosial setiap kali tayangan.

Tidak cukup dengan itu, episod keenam drama ini juga berjaya memecah rekod peribadinya sendiri dengan purata rating yang dicatatkan adalah 18.8 peratus diseluruh negara dan 21.4 peratus bagi kawasan metropolitan Seoul.

Episod keenam drama itu sekaligus berjaya mengalahkan rating terbaik drama popular Itaewon Class di mana episod akhirnya mencatatkan jumlah sebanyak 16.5 peratus di seluruh negara.

Jumlah itu secara tidak langsung meletakkan The World Of The Married di tempat kedua dalam sejarah saluran JTBC dengan rating tertinggi.

Bagaimanapun SKY Castle masih lagi memegang rekod pertama dengan rating tertinggi bagu seluruh saluran kabel iaitu 23.78 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Soompi