Bukan Mimpi! Afgan Muncul Dengan Lagu M.I.A Bersama Jackson Wang
Mya Amri
18/03/2021 14:01 MYT
18/03/2021 14:01 MYT
Penyanyi Indonesian, Afgan bakal muncul bersama artis K-Pop terkenal, Jackson Wang dengan lagu terbaharu berjudul M.I.A.
Afgan berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Afgan, dia menyimpan rahsia mengenai kolaborasi itu sudah cukup lama.
“Akhirnya! Lagu terbaharu saya, M.I.A” bersama @jacksonwang852g7 akan keluar pada Jumaat ini. Saya sangat teruja. Kami sudah lama menyimpan rahsia ini.
“Sebenarnya lagu ini sudah kami siapkan setahun lalu namun disebabkan pandemik yang melanda maka kami terpaksa menunda lagu selama setahun.
“Tak sabar rasanya nak tunggu anda semua mendengar lagu ini. Kepada @jacksonwang852g7, boleh dikatakan ini adalah satu penghormatan kepada saya kerana dapat bersama awak untu lagu ini.
“Awak tahu saya adalah peminat awak, jadi lets go get em!” coretnya.
Dalam pada itu, Jackson juga turut memuat naik teaser lagu tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sekadar info, Jackson merupakan anggota kumpulan K-Pop terkenal, GOT7.