Artis Korea
Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Nama Lisa Blackpink sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial.
Bukan sahaja kerana dia kini berada di Paris, Perancis bersama Park Bo Gum dan V BTS kerana menjadi tetamu istimewa di acara CELINE Men's Summer Fashion Show 2023, tetapi kerana pengangkutan atau jet yang digunakan mereka bertiga didakwa bukan disewa khas oleh jenama tersebut.
Sebaliknya, jet tersebut didakwa merupakan milik Lisa yang saat ini baru berusia 25 tahun.
Dakwaan mengenai jet yang dinaiki untuk ke acara tersebut milik Lisa tercetus selepas penyanyi asal Thailand itu memuat naik foto dirinya bersama Park Bo Gum dan V BTS sedang berada dalam perut pesawat.
Foto tersebut kemudian mendapat respon daripada seseorang dengan nama Josh Jung yang telah menandai akaun Instagram Lisa.
Netizen kemudian bertanya mengapa Josh menandai akaun Lisa pada foto rekaan dalam jet tersebut, tetapi tidak menandai sekali Park Bo Gum dan V BTS.
Pertanyaan tersebut kemudian dijawab Jung dengan mendakwa dirinya sebagai perancang hiasan jet tersebut.
“Saya hanya membuat pesawat yang dia beli,” kata Jung.
Meski kenyataan tersebut tidak datang dari mulut Lisa, namun pengakuan tentang dirinya mempunyai jet peribadi telah menjadi perbincangan hangat.
Banyak yang kagum dengan kekayaan dan aset yang dimiliki oleh salah satu anggota Blackpink tersebut.
Untuk rekod, South China Morning Post, pernah mendedahkan Lisa memiliki kekayaan mencapai 14 juta dollar atau sekitar RM62 juta.
Selain memperoleh pendapatan sebagai penghibur, Lisa juga menerima habuan dengan menjadi wajah bagi jenama seperti CELINE, BVLGARI, M.A.C, Chivas Regal, dan Acme' De La Vie.
Pemilik akun Instagram @lalalalisa_m itu memiliki lebih dari 79,3 juta pengikut.
Bayaran iklan Lisa untuk satu kemas kini Instagram dikhabarkan mencapai 200 ribu dollar atau sekitar RM800 ribu.
Must-Watch Video