Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dia Semangkuk Sup Pun Dah Okay, Saya Semua Benda Nak Makan” - Rain Sering Keluar Makan Tanpa Isteri

Mya Amri
04/03/2021 14:50 MYT
Penyanyi Korea terkenal, Rain mendedahkan dia gemar menjelajah beberapa kawasan menarik di Korea semata-mata untuk mencari restoran yang menyajikan makanan enak.

Bagaimanapun kata Rain, dia pergi bersendirian tanpa membawa isteri kesayangannya, aktres Kim Tae Hee.

Menurut Rain, mereka mempunyai perbezaan dari segi pemakanan di mana dirinya cenderung untuk makan lebih banyak berbanding isterinya.

“Dahulu saya sangat suka mencari tempat makan yang paling sedap sehingga saya mampu untuk makan lima kali sehari.

“Kami tidak boleh pergi bersama kerana saya dan isteri mempunyai pola pemakanan yang agak berbeza.

“Isteri saya jenis orang yang makan apa sahaja dan mudah puas dengan sesuatu hidangan. Sebagai contoh, semangkuk sup pun dah buat dia rasa cukup gembira.

“Manakala saya pula sebaliknya dan lebih cenderung untuk makan banyak. Saya jenis suka mencuba pelbagai jenis makanan termasuklah daging, ikan dan sebagainya,” ujarnya.

Rain mendedahkan perkara itu menerusi episode terbaharu program terbitan MBC berjudul The Manager.
Namun jangan salah faham, kata Rain mereka juga meluangkan masa dengan makan bersama di restoran yang menerima tempahan.

“Sebenarnya kadang-kadang kami ada juga keluar makan bersama tetapi di restoran yang boleh menerima tempahan.

“Namun adakalanya tempat makan yang sering saya kunjungi itu tak menerima tempahan,” jelasnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu.
#Artis Korea #makan #Kim Tae Hee #Rain #Bi Rain
;