Artis Korea
“Dia Yang Mulakan Dahulu...” - Jeon Seung Bin & Shim Eun Jin Umum Kahwin, Kongsi Kisah Cinta
Pelakon Shim Eun Jin dan Jeon Seung Bin kini bergelar suami isteri.
Berita gembira mengenai perkahwinan itu diumumkan sendiri oleh mereka menerusi akaun Instagram masing-masing semalam.
Menurut Seung Bin, kehadiran Eun Jin banyak memberikan perubahan dalam kehidupannya.
“Tahun 2020 adalah tahun di mana banyak dugaan yang berlaku. Saya juga secara peribadi melalui waktu sukar.
“Tahun lalu ada seseorang yang mula mendekati saya dan saya ingin bercerita mengenainya.
“Dia adalah seorang rakan kerja, senior dan sahabat yang saya boleh berkongsi pendapat. Dia juga adalah seseorang yang membuatkan saya berfikir dan merasai segala perasaan.
“Jadi saya rasa tidak patut melepaskan seseorang yang sangat berharga. Dia juga merupakan seorang wanita yang baik hati.
“Sepanjang kami bersama saya dapat merasai perubahan dalam kehidupan saya. Orang-orang disekeliling juga mengatakan saya nampak lebih tenang walaupun mereka tidak mengetahui sebabnya.
“Selepas perbincangan, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Walaupun kelihatan seperti keputusan ini dibuat dalam masa yang singkat namun percayalah, perkara ini bukan sesuatu yang mudah.
“Untuk hari-hari yang mendatang, saya mahu melakarkan kehidupan saya bersama Shim Eun Jin,” coretnya.
Pasangan yang bergelar suami isteri pada Selasa, 12 Januari 2021 ini mula berkenalan ketika bergandingan dalam drama Bad Love.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video