Difitnah Kedekut Belanja Artis Junior, Rain Ambil Tindakan Saman YouTuber Sebar Berita Palsu
Mya Amri
17/01/2022 14:21 MYT
17/01/2022 14:21 MYT
Penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang YouTuber yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.
Menurut kenyataan agensinya, Sublime Artist Agency (SAA) tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang memfitnah atau menjejaskan reputasi artis naugan mereka.
“Kami menyedari kewujudan video yang disebarkan secara melulu tentang artis kami, Rain, dengan berdasarkan maklumat palsu sepenuhnya.
“Kami juga telah menyemak jumlah siaran dan ulasan yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi, mengkritiknya dengan niat jahat dan juga menyebarkan khabar angin yang tidak disahkan.
“Terdapat YouTuber yang mereka-reka berita palsu untuk mendapatkan tontonan dan mereka yang melakukan perkara itu berniat untuk menyebarkannya dengan lebih jauh.
“Kami akan mengambil semua tindakan undang-undang terhadap tingkah laku yang berkemungkinan boleh membahayakan artis kami.
“Tidak akan ada kelonggaran atau kerjasama kerana kami akan meneruskan liabiliti sivil dan jenayah dalam kes ini,” jelasnya tegas.
Terdahulu, seorang YouTuber yang juga merupakan bekas wartawan hiburan mendakwa Rain terkenal dengan reputasinya yang kedekut dan tidak begitu pemurah untuk berkongsi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi