Artis Korea
Dikritik Nampak Tua, Jawapan Song Hye Kyo Paling Menang! - “Eh Memang, Sebab Saya Pun Bukan Muda”
Pelakon terkenal Korea, Song Hye Kyo mendapat perhatian netizen berikutan wajahnya dalam drama The Glory menjadi tular kerana didakwa kelihatan berusia.
Tidak cepat melatah, Hye Kyo bagaimanapun memberikan respon terhadap kritikan itu menerusi satu temu bual bersama majalah Elle baru-baru ini.
Kata Hye Kyo dia tidak menafikan perkara itu kerana usianya juga semakin meningkat.
“Saya tahu ada yang mengatakan Song Hye Kyo tiba-tiba kelihatan tua, dan ia memang benar kerana usia saya pun semakin meningkat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hye Kyo juga turut menjelaskan karakter dibawanya itu juga bersesuaian dengan penampilan yang diberikan dalam The Glory.
“Dalam cerita tersebut, watak Dongeun adalah seorang yang hidup di dalam kesusahan dan menderita.
“Jadi saya rasa tidak masuk akal sama sekali dan agak pelik jika wataknya muncul seolah-olah dia diberi penjagaan rapi untuk suasana yang seperti itu,” jelasnya.
Dalam perkembangan terbaharu, The Glory akan muncul untuk bahagian kedua pada 10 Mac ini.
Untuk yang belum menonton, anda boleh saksikan The Glory secara eksklusif di Netflix.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video