Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

Maliah Surip
30/03/2024 16:00 MYT
Percintaan Han So Hee dengan Ryu Joon Yeol terlerai hanya selepas dua minggu mereka mengumumkan khabar gembira tersebut kepada peminat.

Hubungan asmara di antara So Hee dan Joon Yeol dipercayai putus kerana tekanan dan kontroversi yang tercetus sebaik peminat menghidu percintaan mereka.

“Mereka tidak lagi bersama, hubungan Joon Yeol dan So Hee sudah berakhir. Kami meminta agar semua pihak memberi ruang dan menghormati privasi mereka,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi aktor tersebut seperti dilaporkan AllKPop.

BERITA TRENDING: Nafi Jadi Penyondol, Han So Hee Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Ryu Jun Yeol - “Dia Putus Dengan Hyeri Awal 2023”


Kisah cinta Joon Yeol dan bintang The World of the Married itu menjadi hangat selepas So Hee dilabelkan sebagai perampas.

Hal ini kerana Joon Yeol diketahui menjalin hubungan dengan Hyeri dan percintaan mereka berakhir kerana kehadiran So Hee.

So Hee bagaimanapun menafikan dakwaan dirinya menjadi orang ketiga dengan mengatakan Joon Yeol dan Hyeri sudah lama putus cinta.
#Putus Cinta #Kontroversi #Artis Korea #Han So Hee #Ryu Joon Yeol
;