Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Mya Amri
02/07/2022 15:00 MYT
02/07/2022 15:00 MYT
Pelakon Korea, Joo Min Ha mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang merupakan bekas anggota kumpulan 5urprise, Yoo Il.
Menurut laporan media, pasangan yang bercinta selama empat tahun ini telah memilih 17 Julai sebagai tarikh perkahwinan mereka.
“Bakal pengantin lelaki mempunyai visual yang hebat dan dia seorang yang positif. Saya gembira dapat berkahwin dengan orang yang hebat,” kata Min Ha.
Sementara itu, Yoo Il menerusi temu bual bersama Xportsnews melahirkan rasa gembira kerana dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik.
“Dia adalah kenalan yang saya kenal sejak dulu lagi. Seorang yang pandai memasak dan sangat berdikari. Dia juga membuatkan saya selesa apabila bersamanya.
“Secara jujurnya saya berasa sangat gembira dan bersyukur mendapat restu untuk mengahwininya,” ujar Yoo Il.
Sekadar info, Yoo Il telah pun meninggalkan kerjaya dalam bidang seni dan menjadi usahawan berjaya dalam bidang perniagaan.