Artis Korea

Enggan Tanggung Risiko! Tiada Running Man, Penggambaran Terpaksa Dibatalkan

gempak
Mya Amri
24/08/2020
13:31 MYT
Sponsor Banner
Enggan Tanggung Risiko! Tiada Running Man, Penggambaran Terpaksa Dibatalkan
Penggambaran episod terbaharu program variasi terkenal Korea, Running Man terpaksa dibatalkan.
Hak demikian kerana peningkatan kes COVID-19 seacra mendadak di Korea baru-baru ini.
Pihak produksi dan juga penerbit Running Man, SBS mengambil keputusan tersebut atas sebab-sebab tidak mahu membahayakan keselamatan dan risiko kesihatan mereka yang terlibat.
Selain itu, tindakan itu juga sebagai tanda mematuhi peraturan dan kempen penjarakan fizikal yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea.
Selain Running Man, syarikat penyiaran KBS juga mengambil langkah yang sama dengan menangguhkan penggambaran drama dan juga program variati popular mereka, 1 Night 2 Days.
Terdahulu, drama To All the Guys Who Loved Me terpaksa menghentikan penggambaran selepas pelakon pembantunya, Seo Sung Jong disahkan positif COVID-19 pada 19 Ogos lalu.
Selain Sung Jong, pelakon drama Do Do Sol Sol La La Sol, Heo Dong Won turut disahkan positif.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live