Siapa yang tidak gembira apabila melihat anak kesayangan sihat membesar di depan mata? Begitulah rasa yang dialami oleh pelakon, penyanyi dan usahawan popular Nur Fazura terhadap puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya.

Fazura, 39, berkata, dia berasa sangat teruja melihat perkembangan anaknya itu dan mengakui mengambil giliran dengan suaminya, Fattah Amin bagi bersama-sama menjaga anak mereka.

“Fatima membesar dengan sangat cepat. Mungkin disebabkan Fatima dikelilingi oleh orang dewasa, jadi bijaknya Fatima lain macam sikit. Dia sudah mula belajar bertutur dan memanggail saya ‘mom’.

“Terdapat juga waktunya Fatima memanggil saya dengan gelaran ‘mak’. Daddy (untul Fattah) pula dia panggil ‘dada’. Raut wajahnya memang ikut suami saya, tetapi perangai ikut Nur Fazura,” katanya.

Pelakon filem Gol & Gincu itu berkongsi keterujaan mengenai perkembangan puteri sulungnya ketika ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fazura berkata, dia ingin menghantar Fatima ke ‘kindergarten’ apabila usia anaknya itu telah mencecah tiga tahun.

“Berkenaan dengan pendidikannya, kami merancang untuk menghantar Fatima ke kindergarten apabila usianya mencapai tiga tahun. Begitupun, Fatima baru sahaja berusia 16 bulan, jadi mungkin tahun depan kami pertimbangkan mengenai hal ini.

“Kalau nak tahu, Fatima memang suka belajar dan sangat meminati buku,” ujar Fazura lagi.

BACA: Fazura Akui Mahu Tambah Anak Lagi - “Insya-Allah Akan Diusahakan…”

Terdahulu, Fazura mendedahkan yang dia dan Fattah telah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Fazura dan Fattah menerima kelahiran Fatima pada 2 Oktober 2020.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​