V BTS dan Jennie Blackpink sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gosip percintaan mereka.

Kali ini, beberapa keping foto mereka berdua dipercayai menghabiskan masa bersama di Pulau Jeju telah tersebar di internet.

Foto foto tersebut antaranya memperlihatkan dua individu yang dipercauai V dan Jennie itu sedang menikmati percutian dan kebersamaan mereka dengan melawat beberapa lokasi bersejarah di pulau tersebut.





Dua pesohor itu antaranya dilihat bergambar de hadapan patung emas Buddha.

Malah salah satu foto yang tersebar memperlihatkan sang lelaki mencium dahi wanita yang berdiri di sebelahnya.

Gosip percintaan di antara V dengan Jennie ini bukan pertama kali tersebar. Netizen percaya mereka memang benar benar dilamun cinta selepas foto keduanya yang disamarkan berada dalam kereta di Pulau Jeju pada Mei lalu tersebar.

Netizen juga percaya, beberapa keping foto yang tersebar ini juga merupakan sebahagian daripada momen yang dirakamkan pada Mei lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, kedua dua agensi iaitu Big Hit Music danYG Entertainment belum memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung foto yang tersebar dan spekulasi percintaan V dan Jennie.
SUMBER: ALLKPOP