,
Artis Korea

#G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae

Mya Amri
01/06/2021
01:55 MYT
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu… Dek fenomena The Penthouse, nama Kim Young Dae mekar dalam industri hiburan Korea.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Kim Young Dae memulakan kerjayanya pada tahun 2017 sebagai model dan pada ketika itu juga dia sudah menunjukkan kemahiran lakonannya menerusi drama mini berjudul Secret Crushes: Special Edition (2017) sebagai cameo.
Tidak salah mengatakan tahun 2020 merupakan tahun kemuncak Kim Young Dae di mana dia telah mengambil tiga projek drama sekaligus iaitu When the Weather is Fine sebagai pelakon pembantu, The Penthouse dan juga Cheat On Me If You Can.
Bagaimanapun penampilannya dalam The Penthouse benar-benar membawa kejayaan besar dalam karier lakonannya setakat ini.
G sendiri sebagai salah seorang penonton setia The Penthouse juga terkesan dengan jalan cerita drama ini, cukup mengujakan! Malah, pelakon-pelakon versatile yang membintangi The Penthouse ini berhasil meninggalkan impak dalam setiap watak dimainkan.
Makjang
Mainan emosi The Penthouse pula seperti roller-coaster ride! Bayangkanlah, baru lima minit pertama, penonton sudah sakit hati.
Itu belum lagi ditambah dengan plot twist yang adakalanya membuatkan G sendiri terjebak dengan pentunjuk dan juga teori-teori The Penthouse seperti dibincangkan di laman sosial.
Maka tidak hairanlah Penthouse ini berjaya mencetuskan fenomena sehingga dilabel sebagai antara drama Makjang terbaik di Korea. Memang berbaloilah pujian yang diberikan.
Oh! mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksudnya, Makjang adalah kata sifat yang digunakan untuk menggambarkan sesebuah siri dengan plot yang tidak realistik, tidak masuk akal, dibesar-besarkan dan juga berliku.
The Penthouse bukan hanya sekadar drama menunjukkan kehidupan epik golongan kayangan sebaliknya mendedahkan juga sisi antagonis yang tersembunyi di sebalik kemewahan mereka.
'Hi, Saya Kim Young Dae!'
Sejujurnya sewaktu diberi peluang untuk menemu bual figura yang terkenal menerusi watak Joo Seok Hoon dalam naskhah popular, The Penthouse, terbit rasa ingin tahu tentang personaliti sebenar Kim Young Dae.
Walaupun hanya menyapa secara maya, namun pesona bintang berusia 25 tahun ini tidak dapat disangkal. Raut wajah yang ceria dengan senyuman menghiasi bibirnya sambil menyebut “Hi saya Kim Young Dae”, sudah cukup memberikan aura menyenangkan.
Sempena tayangan The Penthouse 3 pada Jun ini, edisi #G The Untold Story membuka lembaran dengan mencungkil keperibadian pelakon Korea yang semakin meningkat naik selepas menjadi ‘penghuni’ Istana Hera dan juga anak kepada hartawan, Joo Dan Tae dalam The Penthouse.
Ikuti temubual eksklusif G bersama Kim Young Dae!
G: Selepas membawakan watak Joo Seok Hoon, apakah tanggapan pertama orang terhadap diri anda?
Kim Young Dae: Pada mulanya setiap kali orang bertemu dengan saya pasti mereka akan salah anggap dan berfikir bahawa Kim Young Dae merupakan seorang yang pendiam dan serius. Itu adalah reaksi biasa, first impression yang sering saya dapat. Tidak banyak bercakap dan suka menyendiri sama seperti Joo Seok Hoon.
G: Jadi kalau begitu bagaimanakah personaliti sebenar pemilik nama Kim Young Dae?
Kim Young Dae: Hakikatnya saya tidak seperti itu, tidak sama langsung dengan tanggapan pertama mereka. Malah personaliti saya dan Joo Seok Hoon juga berbeza. Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi saya sebenarnya seorang yang banyak bercakap, suka ketawa dan tersenyum. Saya juga seorang yang cheerful.
G: Melakonkan watak sebagai sebagai pembuli dalam Penthouse, adakah sukar untuk menjadi Joo Seok Hoon?
Kim Young Dae: Sebenarnya apa yang saya boleh katakan adalah tidak mudah. Sukar untuk membawakan karakter pembuli kerana ia sangat berbeza dengan keperibadian sebenar saya.
G: Reaksi dan perasaan anda apabila melakonkan babak membuli Min Seol A (karakter dalam Penthouse)
Kim Young Dae: Bercakap mengenai Min Seol A, ada beberapa babak yang menuntut saya untuk melakukan perkara yang tidak baik (membuli) kepada Min Seol A. Pada mulanya… Ya, memang agak menyakitkan apabila melihat Min Seol A diperlakukan sebegitu rupa namun sebagai seorang pelakon, saya juga perlu memahami emosi yang dilalui oleh Joo Seok Hoon dan harus memberikan yang terbaik walaupun ia merupakan antara babak yang sukar.
(Kim Young Dae bersama Han Ji Hyun yang membawakan watak sebagai Joo Seok Kyung iaitu kembar kepada Joo Seok Hoon)
G: Pada pandangan anda siapakah ibu terbaik dalam Penthouse?
Kim Young Dae: Saya memilih Shim Suryeon kerana dalam Penthouse dia adalah orang pertama yang sering memikirkan tentang anak-anaknya untuk setiap perkara yang dilakukan. Selain itu dia juga akan cuba untuk memperbetulkan keadaan.
G: Berlakon dengan begitu ramai pelakon senior dalam Penthouse, siapakah inspirasi anda?
Kim Young Dae: Saya rasa berbesar hati dapat beraksi bersama pelakon-pelakon senior yang sangat hebat, bagaimanapun jika saya harus memilih seorang, yang banyak memberi inspirasi kepada saya di Penthouse adalah Kim So Yeon.
G: Mengapa Kim So Yeon?
Kim Young Dae: Dia merupakan pelakon yang sangat saya kagumi. Apabila saya mempunyai babak bersamanya, saya terus dapat menjiwai watak dengan pantas kerana dia memang sebagus karakternya, Cheon Seo Jin.
G: Reaksi anda melihat sambutan Penthouse?
Kim Young Dae: Saya sangat terkejut melihat sambutan hangat The Penthouse sehingga berjaya mencetuskan fenomena. Sana sini orang berkata-kata mengenai The Penthouse. Ikhlas dari hati, saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah menyokong dan menyukai drama ini.
Adat pengalaman dalam dunia seni, pasti hadir rasa kekurangan dalam lakonan diberikan. Kim Young Dae tidak menafikan dia juga berdepan kerisauan sedemikian apatah lagi apabila The Penthouse berjaya menjadi fenomena, jadi dia benar-benar mahu menghasilkan lakonan yang berkualiti.
Atas sebab itu juga sebelum mengakhiri bicara, Kim Young Dae berjanji akan memberikan yang terbaik dan memperbaiki mutu lakonannya di masa akan datang.
Seperti diketahui, musim kedua berakhir dengan cerita yang tergantung dan mengejutkan, di mana watak kesayangan ramai iaitu Logan Lee menjadi mangsa letupan sebuah kereta sebelum sempat bertemu dengan Shim Suryeon.
Untuk menjawab segala persoakan itu, The Penthouse 3 akan memulakan tayangan premier pada 5 Jun, jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393) .
Kredit foto: Dazed Korea, W Korea
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Hiburan

Di Sebalik Debut Solo Cha Eun Woo, Jelajah Bertemu Peminat & Perancangan Karier Sepanjang 2024

gempak
02/03/2024
13:55 MYT
Pada 24 Februari lalu, penyanyi dan pelakon Cha Eun Woo singgah ke Kuala Lumpur bagi menjayakan fan concert solo pertamanya, 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Artis Korea

#OhDaebak: Ini Lima Barang Rare Lepas Lee Min Ho Datang Malaysia, Alamak Tangan Radin Pun Ada

gempak
07/10/2022
14:45 MYT
Tengok barang-barang ni pun dah lucu.
Laman Utama

[VIDEO]: Pakai Busana Hitam, Vibe Ala Korea, Ada Nasha Aziz & Che Ta! Ramai Teka – “Drama Penthouse Malaysia Ke Ni”

gempak
16/09/2022
07:35 MYT
Eh tak sabarnya!
BorakSeeni