Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara The Glory, Guru Sekolah Anak Jung Sung Il Minta Tanda Tangan

Maliah Surip
22/03/2023 09:38 MYT
Drama bersiri The Glory memang memberi impak tersendiri dalam kalangan penggemar naskhah Korea Selatan.

Sejak siri pertama dan kini disambung kepada bahagian kedua, drama yang mengetengahkan isu buli di sekolah dan dendam ini ikut membuat para pemainnya menjadi semakin popular.

Salah seorangnya adalah Jung Sung II yang memegang watak Ha Do Yeong. Do Yeong adalah suami kepada kepada Park Yeon Jin lakonan Lim Ji Yeon.

Menjadi wajah sampul untuk majalah Dazed, Sung II bercerita tentang pengalamannya dapat terbabit dalam naskhah tersebut.

Antaranya dia mengaku kehidupannya banyak berubah selepas lakonannya mendapat perhatian selain menerima lebih banyak peluang berlakon.

Namun salah satu hal yang sangat terkesan tetapi menyenangkan baginya adalah dirinya menjadi semakin terkenal. Hal itu juga membuatkan keluarga yang melihat penat lelahnya berjuang dalam industri hiburan selama ini berbaloi.

Dalam temu bual sama, Sung II turut berkongsi pengalaman lucu apabila anaknya yang baru berusia tujuh tahun bertanya tentang maksud tanda tangan.

“Banyak hal gembira yang berlaku kebelakangan ini. Tapi apa yang lebih membuat saya bahagia adalah melihat keluarga gembira.

“Satu hari anak saya berusia tujuh tahun pulang sekolah dan bertanya tentang tanda tangan. Dia tidak faham apa itu tanda tangan.

“Dia beritahu gurunya meminta tanda tangan saya. Tentulah saya melakukannya dengan senang hati, apa lagi hal tersebut dilakukan untuk anak saya yang langsung tidak tahu apa itu tanda tangan.

“Melihat keluarga saya gembira adalah hal paling bernilai yang pernah terjadi dalam hidup saya.” ujarnya.
#Artis Korea #The Glory #Dazed #Jung Sung Il
;