Artis Korea
Guna Kepala Dewa Hindu Sebagai Props 'How You Like That', Peminat K-Pop Desak YG Entertaiment Mohon Maaf!
Peminat K-Pop mendesak YG Entertainment memberi penjelasan dan memohon maaf selepas muzik video terbaru BLACKPINK ‘How You Like That’ dikecam kerana menghina agama hindu.
Lebih-lebih lagi apabila penggunaan patung Dewa Hindu yang dianggap suci telah digunakan sebagai props dalam muzik video tersebut.
Sesetengah peminat K-Pop mendakwa YG Entertainment tidak sensitive dan tidak menghormati agama serta dewa-dewa.
Mereka juga mendakwa, perkara tersebut turut memberikan imej negatif kepada anggota kumpulan BLACKPINK, walaupun idea kreatif pembikinan muzik video tersebut bukan datang daripada mereka.
Antara komen lain yang ditulis peminat ialah, mereka berharap agar agensi K-POP tidak cuai sehingga memberi kesan buruk kepada artis naugan sendiri kerana isu seumpama ini bukan kali pertama berlaku.
Muzik Video BLACKPINK berjudul ‘How You Like That’ yang dilancarkan pada Jumaat, 26 Jun lalu telah memecah rekod YouTube Premier apabila mencapai 5o juta tontonan dalam masa 11 jam.
Sumber: AllKpop
Must-Watch Video