Gara-gara bertindak ‘menyerbu’ beberapa persembahan dengan tariannya, nama Elly Mazlein sekali lagi tular di media sosial apabila ada wargamaya yang menyatakan rasa kurang selesa.
Menurut mereka, aksi menari dan tidak terkawal Kak Lina sewaktu persembahan Jaclyn Victor, Fuad Rahman dan peserta lain diibaratkan seperti menjelekkan serta mengganggu tumpuan peserta untuk memberikan persembahan terbaik.
“Kak lina ni kena belajar dengan Jihan untuk persembahan pentas, tak boleh semborono buat hal, kena tahu kawal schedule. ni sampai nabil terkejar kejar kesian dia,” komen seorang wargamaya.
“Maybe kak lina pom pom boleh kurangkan interrupt masa juri bagi komen ok KLPP. It’s ok kak lina i will always love you ok,” kata seorang wargamaya.
“Tak tahu kenapa tapi kak lina kena slow down sikitlah. Tenaga dia bagus tapi kadang annoying,” ujar seorang wargamaya.
“Kak Lina, so far kita semua enjoy dengan energy dan gaya Kak Lina tapi harap jangan cross that fine line lah yang boleh membuatkan dari suka jadi meluat. Just saying,” tulis seorang wargamaya.
Dalam pada itu, pihak saluran Astro Ria turut memaklumkan apa yang dilakukan oleh Kak Lina selaku pengacara adalah secara spontan dan tidak dikawal.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, pihaknya akan mengambil kira dan mendengar setiap luahan daripada penonton.
“Apa yang berlaku malam ni sebenarnya tidak dirancang. Ia spontan dan Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam ni. Ada part dia menari keluar masuk tu completely tiada kawalan.
“Kami ambil maklum setiap komen daripada penonton. Apa-apa pun ini adalah pertandingan dan kami akan pastikan ia tidak mengganggu peserta-peserta GV9.
“Saya tahu ramai orang ada pendapat masing-masing dan kami juga akan beri nasihat pada Kak Lina juga. Harapnya minggu depan dengan tema kerohanian, semuanya lebih terkawal.
“Tapi dari pihak saluran sendiri, kami mahu seimbangkan antara nilai hiburan dan tidak mahu menjejaskan persembahan sesiapa,” jelasnya kepada Gempak.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Azwa Rahman
Mon Oct 03 2022
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan