Pelakon drama popular The World Of The Married, Han So Hee memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan penipuan ibunya dalam urusan kewangan

So Hee membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blog miliknya selepas mengetahui perkara tersebut.

Menerusi catatan tersebut, So Hee memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada mangsa yang telah menulis catatan dan luahan hati mengenai perkara ini.

“Walaupun saya tidak berapa memahami perkara itu namun saya percaya bahawa mereka berada dalam keadaan di mana tidak ada apa-apa yang dapat menenangkan mereka.

“Saya juga tidak berani menghitung berapa ramai yang telah menjadi mangsa di luar sana. Saya mohon maaf.

“Di sini saya ingin memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada semua orang yang mungkin berasa tidak selesa atau terluka dengan kejadian itu. Saya betul-betul minta maaf…

“Saya berharap tidak ada lagi mangsa selepas ini. Saya menulis catatan ini dengan rasa yang sangat malu…” tulisnya.

So Hee sebelum ini memberitahu dia dibesarkan oleh nenek kerana kedua ibu bapanya bercerai ketika usianya masih muda.

Terdahulu, seorang individu mendakwa telah ditipu oleh ibunya yang menggunakan nama So Hee untuk tujuan memperdayakan orang ramai.

BACA: “Anak Dah Famous Tapi Perangai Macam...” - Wanita Dedah Jadi Mangsa Scammer Ibu Han So Hee

Jangan lupa saksikan The World Of The Married setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo