Pelakon drama terkenal Crash Landing On You, Hyun Bin bakal beraksi menerusi filem terbaharu berjudul Bargaining.

Menurut laporan media Korea, Hyun Bin bersama aktor Hwang Jung Min dan juga kru produksi filem berkenaan telah pun berlepas ke Jordan pagi tadi.

Bagaimanapun jangan bimbang kerana pihak produksi tetap mematuhi syarat-syarat dan prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebaik sahaja tiba di negara tersebut, mereka akan menjalani pemeriksaan mengikut prosedur selain dikuarantin terlebih dahulu sebelum menjalani penggambaran dengan selamat.

Penggambaran Bargaining sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac lalu namun disebabkan wabak pandemic COVID-19 yang melanda dunia, hal itu terpaksa ditangguhkan demi keselamatan.

Pihak produksi kemudiannya mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jordan dan selepas sekian lama menunggu akhirnya mereka diberi kebenaran untuk menjalakan penggambaran di negara tersebut.

Selain Bargaining, filem lain yang turut terkesan akibat pandemik ini adalah Bogota, Kidnapping dan The Outlaws 2.


Terdahulu, Bargaining merupakan filem Korea pertama yang menjalani penggambaran diluar negara sejak COVID-19 melanda dunia.

Bargaining mengisahkan tentang penculikan yang berlaku di Timur Tengah dan percubaan menyelamatkan 23 mangsa penculikan. Filem ini juga berdasarkan krisis tebusan Korea Selatan pada tahun 2007 di Afghanistan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi