Cuti panjang ni sudah pasti ramai yang mahu menghabiskan masa bersama keluarga di rumah kan.

Jadi antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan menonton filem Korea, sambil tonton sambil makan. Kan best tu.

Lagi menarik kalau tonton filem yang pernah menang di Anugerah Baeksang Awards ke 58 baru-baru ini.

Filem mantap, lakonan hebat, plot penceritaan di luar dugaan, fuh macam-macam lah. Confirm tak menyesal punya.

Di sini kami senaraikan tiga filem yang akan mengisi masa rehat korang sepanjang cuti ini.


#Kingmaker

Filem ini merangkul anugerah bagi kategori Pengarah Terbaik, Byun Sung Hyun dan Pelakon Terbaik, Sol Kyung Gu.

Mengisahkan tentang Seo Chang Dae (Lee Sun Kyun) yang merupakan seorang ahli strategi kempen politik bercita-cita tinggi.

Ahli politik parti pembangkang Kim Woon Beom (Sol Kyung Gu) mempunyai impian untuk menjadi presiden, tetapi dihalang oleh nilai moralnya dan desakan untuk bermain dengan adil.

Kerjaya politik Woon Beom kemudian berubah selepas bertemu pakar strategi Seo Chang-dae, yang percaya bahawa tidak mengapa ‘bermain kotor’ memenangi pilihan raya dan membuat beberapa perubahan kepada masyarakat Korea.

Disiarkan bermula 4 Jun di tvN Movies dan untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh ditonton di On Demand bagi pelanggan Movie Pack.

#Miracle: Letters To The President

Untuk filem ini, pelakon Lee Soo Kyung telah merangkul anugerah bagu kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Baeksang Awards ke 58.

Filem rekaan ini berdasarkan kisah benar sebuah keluarga pada tahun 1980-an yang tinggal di kawasan terpencil tanpa jalan di Wilayah Gyeongsang Utara.

Bersiaran bermula 5 Jun di tvN Movies dan untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh ditonton di On Demand bagi pelanggan Movie Pack.

#Escape From Mogadishu

Filem ini merangkul tiga anugrah guys! Anugerah utama, Filem Terbaik dan Arahan Seni Terbaik, Choi Young Hwan.

Filem lakonan pelakon hebat Kim Yoon Seok, Jo In Sung, Heo Joon Ho dan Kim So Jin ini berdasarkan peristiwa sebenar dan berlatar belakangkan Perang Saudara Somalia.

Ia menggambarkan butiran percubaan melarikan diri berbahaya yang dilakukan oleh pekerja kedutaan Korea Utara dan Selatan yang terkandas semasa konflik.

Bersiaran bermula 6 Jun di tvN Movies dan untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh ditonton semua filem tersebut dan banyak lagi di tvN Movies, saluran 416 atau sedia strim secara on demand melalui Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Jangan lupa, akses hanya untuk pelanggan movies, jadi dapatkan Pek Movies dari RM94.99 sebulan, WhatsApp NAK ASTRO ke 03-9543 3838 atau Google Astro sekarang.