Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri Selamat Bersalin, Macam Tak Percaya Chansung 2PM Kini Dah Jadi Bapa

Mya Amri
26/07/2022 14:26 MYT
Anggota kumpulan 2PM, Chansung kini bergelar bapa selepas isterinya selamat bersalin anak pertama.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil agensinya, L'July Entertainment pada Selasa.

“Isteri Hwang Chansung baru-baru ini melahirkan seorang anak perempuan. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” maklum agensinya.

Terdahulu, pada Disember 2021, Chansung mengumumkan perkahwinannya dengan teman wanita yang 8 tahun lebih tua daripadanya.

Selain itu, Chansung juga mendedahkan bahawa pada ketika itu tunangnya sedang mengandung anak pertama mereka.

Sekadar info, Chansung memulakan kerjaya pada tahun 2008 sebagai anggota 2PM. Selepas 15 tahun bersama JYP Entertainment, Chansung meninggalkan agensi itu.

Chansung kemudiannya menandatangani kontrak eksklusif dengan L’July Entertainment pada Mac untuk meneruskan aktivitinya sebagai pelakon dan juga 2PM.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Bersalin #Artis Korea #2PM #Chansung #Artis Korea Bersalin #Hwang Chansung #Artis Korea Jadi Bapa