Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

It’s Confirm! Tak Hanya Tercalon, BTS Bakal Buat Persembahan Di Grammy 2021! Ini Senarai Penuh Artis

Mya Amri
08/03/2021 13:06 MYT
Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS bakal membuat persembahan di Anugerah Grammy (Grammy Awards) tahuh ini.

Berita itu diumumkan oleh Recording Academy beserta dengan senarai penuh barisah artis yang akan membuat persembahan selain daripada BTS.

Antaranya nama-nama besar seperti Taylor Swift, Billie Eilish, Dua Lipa, Megan Thee Stallion, Bad Bunny, Harry Styles, Cardi B, Post Malone, John Mayer, Doja Cat, Miranda Lambert, Chris Martin, Lil Baby, Roddy Ricch, Black Pumas, DaBaby, Brandi Carlile, dan ramai lagi.

Sebelum ini BTS tampil melakukan persembahan di Anugerah Grammy 2020 tahun lalu sebagai sebahagian daripada kolaborasi dengan Lil Nas X.

Persembahan BTS di pentas Grammy tahun ini merupakan kali pertama mereka melakukan persembahan secara bersendirian.

BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook ini dijangka menyampaikan lagu hit mereka yang berjudul Dynamite.

Selain itu, BTS juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama tercalon di Anugerah Grammy.

BTS atau nama penuhnya Bangtan Sonyeondan ini tercalon bagi kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik menerusi single Inggeris pertama mereka berjudul Dynamite.



Jangan lupa saksikan Anugerah Grammy 2021 secara langsung pada 15 Mac, jam 8:00 pagi di FOXlife (saluran 703 HD / 723) manakala siaran ulangan pula pada jam 8:00 malam.

Untuk platform digital, Anugerah Grammy 2021 boleh distrim menerusi On Demand STB dan Astro GO.



#BTS #Artis Korea #Kumpulan BTS #Dynamite #Gempak Chingu #Grammy Awards 2021
;