“Jangan Hina Agama!” - Army Cari Sampai Lubang Cacing, Kantoi! Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters
Mya Amri
07/05/2020 07:19 MYT
07/05/2020 07:19 MYT
Kecoh apabila satu kumpulan di Telegram yang mewujudkan ruangan sembang sebagai ‘Agama BTS’ menjadi tular di media sosial semalam.
Difahamkan ruangan sembang ‘Agama BTS’ diwujudkan oleh sekumpulan peminat yang begitu taksub dengan kumpulan K-Pop terkenal dunia itu.
Lebih mengejutkan lagi apabila ruangan sembang itu disertai hampir 4,000 ahli yang dikhabarkan berasal daripada Indonesia dan juga Malaysia.
Perkara menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila ruangan tersebut juga mempermainkan beberapa kalimah suci sehingga ada yang menyelitkan nama anggota BTS pada bacaan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu mereka juga mewujudkan rukun BTS bagi grup Telegram itu.
Ternyata sikap melampau anggota ruangan sembang tersebut telah menimbulkan rasa kuranh sedang dan kemarahan Army (fandom) di Malaysia.
Menerusi tinjauan di Twitter, rata-rata Army telah membuat laporan mengenai ruangan sembang tersebut.
Ada juga yang menyamar sebagai ahli ruangan itu semata-mata untuk melihat motif utama mereka.
Ternyata perkara itu membuahkan hasil apabila ada diantara yang mewujudkan akaun tersebut mengakui mereka sebenarnya adalah haters kumpulan berkenaan dan mahu memburukkan peminat BTS.
Army juga kini mendesak mereka yang melakukan tindakan biadap dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini supaya memohon maaf dan memadamkan group Telegram berkenaan.
Terdahulu, haters atau anti-fans merupakan satu kumpulan yang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah perkara yang melampaui batas untuk memburukkan peminat dan juga artis kesayangan mereka.
Selain BTS, kumpulan K-Pop lain yang pernah menjadi mangsa adalah TVXQ, SNSD, Sulli, TWICE dan ramai lagi.
Antara kelakuan haters termasuklah menyamar sebagai peminat dan memberikan makanan beracun kepada artis (TVXQ), membeli tiket konsert secara pukal dengan tujuan supaya konsert tidak dapat dihadiri peminat kerana kehabisan tiket (BTS) dan juga melakukan ‘Black Ocean’ (konsert tanpa nyalaan light stick) yang pernah dilalui oleh TWICE.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU