Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jodoh Tak Sampai, Jinwoon Dan Kyung Li Akhirnya Putus Cinta Lepas Empat Tahun

Mya Amri
10/05/2021 21:45 MYT
Hubungan cinta antara anggota kumpulan 2AM, Jinwoon dan Kyung Li akhirnya putus selepas empat tahun bersama.

Berita itu disahkan oleh agensi pengurusan Kyung Li, YNK Entertainment menerusi kenyataan media yang dikeluarkan mereka.

“Benar, Kyung Li dan Jinwoon telah putus cinta baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan bercinta pada Februari 2017 namun hubungan mereka didedahkan kepada umum pada November 2019.

Difahamkan juga Kyung Li dan Jinwoon mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan jadual mereka yang padat.

Dalam perkembangan terbaharu, Jinwoon bakal terlibat dalam filem Am I The Only One Seeing This? yang mana ia merupakan projek filem terbaharunya selepas tamat latihan ketenteraan.

Sementara itu, Kyung Li, pula masih lagi terlibat dalam penggambaran drama bersiri terbitan JTBC berjudul Undercover.
#Artis Korea #Gempak Chingu #Artis Korea Putus Cinta #Jinwoon 2AM #Kyung Li
;