Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jung Kook Rayu Peminat Henti Hantar Makanan Di Rumah: “Saya Okay, Anda Beli & Makan Sendiri”

Maliah Surip
06/05/2023 14:35 MYT
Banyak bayaran yang perlu dibayar apabila menjadi orang terkenal.

Salah satunya adalah akan kehilangan privasi hidup. Dan itulah yang terjadi kepada salah seorang anggota kumpulan popular dunia, BTS, Jung Kook.

Jung Kook baru-baru ini memohon agar peminat berhenti menghantar makanan di kediamannya. Rayuan itu ditulis di Weverse.

“Jangan hantar makanan ke rumah. Saya tidak akan memakannya walaupun anda beri secara berdepan.

“Saya sangat berterima kasih, tapi saya okay. Anda beli dan makan sendiri,” tulis Jung Kook seperti dilaporkan Billboard.

Personaliti popular Korea Selatan itu juga mengatakan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menerima kiriman makanan daripada peminat.

“Saya rayu, tolong jangan hantar lagi. Atau saya akan periksa resit, mencari nombor pesanan dan ambil tindakan undang-undang. Jadi tolong hentikan,” katanya lagi.

Permintaan pemuda berusia 25 tahun itu kemudian menuai banyak respon peminat terutama di Twitter.

Ramai yang menyifatkan tidakan menghantar makanan ke rumah bintang itu sebagai agak keterlaluan dan melanggar privasi.
#Viral #peminat #Korea #Makanan #Jung Kook
;