Jungkook Muncul Di Inkigayo, Ubati Rindu Army Pada BTS
Mya Amri
30/07/2023 11:47 MYT
30/07/2023 11:47 MYT
Kerinduan peminat BTS terhadap idola mereka akhirnya terubat apabila salah seorang anggotanya iaitu Jungkook bakal membuat persembahan di rancangan muzik, Inkigayo.
Berita disahkan sendiri oleh pihak SBS dan kemunculan Jungkook dijadualkan pada 30 Julai.
“Ya memang benar Jungkook akan membuat persembahan di Inkigayo. Dia akan membuat persembahan untuk single terbaharunya berjudul Seven.
“Jungkook membuat persembahan sulung Seven semasa sesi latihan untuk konsert musim panas Good Morning America yang telah dibatalkan.
“Jungkook kemudiaanya mempersembahkan lagu itu di segmen Live Lounge BBC Radio 1 untuk penampilan solo pertamanya,” jelasnya SBS.
Persembahan di Inkigayo ini menandakan kali pertama Jungkook di rancangan muzik di Korea dengan lagu solonya, Seven.
Dalam perkembangan lain, Jungkook baru sahaja menduduki tangga pertama di carta Hot 100 Billboard dengan lagu Seven.
Untuk menonton persembahan penuh Jungkook, saksikan Inkigayo di ONE (saluran 393), pada 5 Ogos jam 11:50 pagi.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Inkigayo juga boleh di strim di On Demand pada 6 Ogos.