Artis Korea

“Kami Rindu Anda!” – Konsert Super Junior Memang Mega!

Mya Amri
10/10/2022
19:15 MYT
Kehadiran Super Junior untuk mengadakan konsert Super Junior Super Show 9: Road in Kuala Lumpur ternyata benar-benar mengubat kerinduan peminat.
Dihadiri lebih 10,000 peminat, konsert anjuran Starplanet yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung dengan meriah dihiasi dengan kerlipan lampu berwarna biru atau lightstik rasmi daripada peminat mereka, ELF.
Walaupun sudah hampir 17 tahun berada dalam industri namun kehadiran Donghae, Eunhyuk, Kyuhyun, Leeteuk, Ryeowook, Shindong, Siwon, dan Yesung masih lagi digilai peminat.
Super Junior juga turut meluahkan rasa rindu kepada peminat di Malaysia selepas lebih tiga tahun tidak berkunjung ke negara ini.
“Kami rindu anda semua,” kata mereka.
Sebanyak 30 lagu dipersembahkan antaranya Burn The Floor, The Crown, Super, Ticky Tocky, Paradox, Mystery, 2ya2yao!, I Can't, Believe, My Wish, Callin', Latte, Everybody, Wonder Boy, Let's Dance, Devil, Mango, Bad, dan Danger.
Malah lagu hit mereka iaitu Mr. Simple, House Party, Black Suit, Bonamana dan Sorry Sorry turut dipersembahkan dengan begitu bertenaga di Axiata Arena.
Bagaimanapun lagu penutup pula dirasakan lebih intimate dan begitu dekat dengan peminat iaitu More Days With You, Walkin', dan Happiness.
Super Junior juga berjanji akan kembali ke Malaysia sekali lagi untuk bertemu peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT