Artis Korea
“Kenapa Da Kyung Nak Kena Perangai Macam Tu” - Han So Hee Kesian Dengan Watak Sendiri
Pelakon drama popular The World of The Married”, Han So Hee akui kesian dengan watak Yeo Da Kyung yang dibawanya.
So Hee berkongsi pendapatnya menerusi satu temubual bersama Dazed Magazine baru-baru ini.
“Sewaktu saya mula-mula membaca skrip untuk drama ini saya rasa simpati dengan Da Kyung.
“Saya terfikir kenapa sampai satu tahap dia kena berperangai seperti ini? Tolak tepi keluarga, cara orang-orang disekeliling memandangnya dan juga sikap sombongnya,” kongsinya.
Dalam pada itu, So Hee juga berkongsi caranya menghayati watak Da Kyung.
“Disebabkan saya membawakan watak seperti itu jadi saya harus memahami Da Kyung dengan lebih baik supaya karakter itu nampa benar.
“Banyak yang saya fikirkan untuk menghayati watak itu dan daripada apa yang saya nampak, Da Kyung adalah seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi cunta terhadap Tae Oh.
“Jadi saya putuskan untuk memberikan fokus pada bahagian tersebut. Untuk Da Kyung, kata kunci yang bermain difikirannya adalah ‘cinta’ sebelum ‘suami orang’.
“Namun penonton menganggap kata kunci ‘suami orang’ yang muncul terlebih dahulu sebelum ‘cinta’.
“Saya rasa inilah perbezaan terdapat antara cara saya memahami watak Da Kyung dan cara penonton melihatnya,” jelas So Hee.
Terdahulu, The World Of The Married berjaya mencatatkan rating tertinggi dan mengalahkan drama popular Sky Castle serta Itaewon Class.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi