Pengarah siri megahit Netflix iaitu Squid Game, Hwang Dong Hyuk mengesahkan kemunculan dua watak utama untuk musim kedua.

Dong Hyuk mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama sebuah program televisyen menerusi segmen Deadline Contenders Television baru-baru ini.

“Sudah tentu Gi Hun. Dia akan kembali begitu juga dengan watak Front Man,” katanya.

Watak Sung Gi Hun di mainkan oleh Lee Jung Jae manakala karakter Front Man dilakonkan oleh Lee Byung Hun.

Ini merupakan kali pertama pengarah mengesahkan kemunculan dua superstar Korea itu kepada umum untuk musim kedua.

Sebelum ini, spekulasi mengatakan pihak produksi menyasarkan penayangan Squid Game musim kedua adalah pada penghujung 2024.

Squid Game telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia sebaik sahaja tayangan di Netflix pada September 2021.

Fenomena itu juga menyebabkan ramai yang mencuba permainan popular dalam Squid Game antaranya Dalgona di mana mereka perlu mengukur bentuk tertentu pada gula-gula keras itu tanpa memecahkannya.

Selain itu, permainan Red Light Green Light juga amat popular termasuklah bait lagunya “Mugunghwa Kkoci Pieot Seumnida.”