Pelakon drama hit Korea, Mouse iaitu Lee Seung Gi dilaporkan bercinta dengan aktres Lee Da In.

Berita itu disahkan oleh agensi Da In, 9ATO Entertainment hari jni.

“Kami telah menyemak perkara itu dengan Lee Da In sendiri, mereka berdua mula bertemu sebagai rakan sekerja dalam industri kira-kira lima atau enam bulan lalu.

“Bagaimanapun perasaan mereka mula berputik dan ingin mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.

“Jadi kami harap anda dapat memberikan sokongan kepada mereka berdua dan diharapkan pasangan ini dapat terus bersama,” jelas agensinya.

Dalam pada itu, berita gembira tersebut pendapat pelbagai reaksi peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah selain menyatakan betapa beruntungnya Da In mendapat lelaki yang baik budi pekerti.
Pasangan ini difahamkan telah menjalinkan hubungan cinta lebih kurang setahun.