Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lovenya, Korea Selatan Benarkan Ke Luar Negara Mulai Julai Ini! Tapi Dengan Syarat Mestilah….

Mya Amri
12/06/2021 03:50 MYT
Korea Selatan akan membenarkan lawatan rombongan ke luar negara seawal bulan Julai.

Bagaimanapun ianya tertakluk kepada warga negara yang divaksinasi sepenuhnya untuk ke negara-negara yang mempunyai langkah tindak balas virus yang stabil.

Menurut Perdana Menterinya, Kim Boo Kyum, ia susulan kempen vaksinasi COVID-19 meningkat dengan cepat di seluruh negara.

“Mulai bulan Julai, kami merancang untuk mengizinkan perjalanan kumpulan orang yang diberi vaksin sepenuhnya melalui rundingan antara negara-negara dengan keadaan antivirus yang stabil,” jelasnya.

Rancangan itu dibuat kerana kadar penduduk negara yang menerima suntikan vaksin pertama mereka mencapai 16.5 peratus setakat Rabu.

Boo Kyum merujuk keadaan kemerosotan teruk industri pelancongan dan perjalanan udara yang terjejas akibat pandemik itu, sambil menyatakan bahawa jumlah orang yang berharap untuk memulakan kembali lawatan ke luar negeri semakin meningkat.

Sumber: Yonhap / The Korea Harald

Kredit foto: Business Traveller

#Korea #Korea Selatan #Seoul #Melancong