Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Mark Your Calendar Ya! Saksikan Festival Muzik & Anugerah Terbesar Korea Secara Langsung Di Astro

Mya Amri
24/12/2020 12:50 MYT
Berita baik buat peminat K-Pop kerana hujung tahun ini bakal dimeriahkan dengan festival muzik dan anugerah terbesar Korea.
 
Empat festival besar antaranya 2020 MBC Korean Music Festival, 2020 KBS Entertainment Awards, 2020 MBC Drama Awards dan 2020 KBS Drama Awards sememangnya dinantikan oleh peminat.
 
Lebih istimewa lagi, Astro bakal membawakan penonton turut sama merasai kemeriahan festival tersebut.
 
Berikut merupakan jadual siaran langsung anugerah dan festival yang dinantikan.
 
Jangan lupa tanda di kalendar anda ya!
 
1. 2020 MBC Korean Music Festival

Dihoskan oleh Yoona dan Sung Kyu dari Girls Generation, ditemani pelakon popular Korea, Kim Seon Ho, menampilkan muzik terbaik K-pop dan persembahan dari Refund Sister, kumpulan hebat Korea yang dianggotai oleh Lee Hyori, Jessi, MAMAMOO’s Hwasa dan Uhm Jung Hwa.

Bersiaran pada 31 Disember, jam 8.05 malam menerusi Oh!K HD (saluran 394 HD).

2. 2020 KBS Entertainment Awards

Menampilkan bintang popular KBS termasuk Yoo Jae Suk, Jun Hyun Moo, Kim Seon Ho, Ravi VIXX, Lee Yu Ri dan ramai lagi, di dalam anugerah festival tahunan.

Bersiaran pada 27 Disember, jam 2.45 petang menerusi KBS World (saluran 393 HD / saluran 391).
 
3. 2020 MBC Drama Awards
 
Dihoskan oleh Kim Sung Joo, anugerah ini meraikan drama-drama TV terbaik Korea sepanjang 2020 dalam pelbagai kategori seperti Pelakon Lelaki Baru Terbaik, Pelakon Wanita Baru Terbaik, Drama Terbaik, Anugerah Pasangan Terbaik dan banyak lagi.

Bersiaran pada 30 Disember, jam 8.05 malam menerusi Oh!K HD (saluran 394).
 
4. 2020 KBS Drama Awards
 
Menampilkan Jo Bo Ah, Lee Sang Yeob dan Do Kyung Wan sebagai hos. Anugerah ini menghargai beberapa siri drama TV dan para pelakon terhebat.

Bersiaran pada 31 Disember, jam 7.30 malam menerusi KBS World (saluran 393 HD / saluran 391).
 

5. 2020 SBS Gayo Daejeon (sama minggu dengan Korea)

Raikan penghujung tahun 2020 dengan muzik! 2020 SBS Gayo Daejeon dipenuhi dengan lagu-lagu hit yang membuat kita teruja, terharu, dan memberi inspirasi.
 
Festival ini memaparkan persembahan artis yang mendapat populariti di seluruh dunia serta persembahan yang sangat istimewa seperti BTS untuk semua peminat K-pop.

Bersiaran pada 31 Disember, jam 9.30 malam menerusi ONE HD (saluran 393).
 

6. 2020 SBS Entertainment Awards (sama waktu dengan Korea)

 Dihoskan oleh Sin Dong-yup, pelawak terkenal SBS, anugerah ini menampilkan idola bintang K-pop popular seperti Kim Hee Chul (Super Junior), Lee Seung Gi, Cha Eun Woo (Astro), Kim Dong Jun (ZEA) dan ramai lagi.

Bersiaran pada 26 Disember, jam 4.30 petang menerusi ONE HD (saluran 393).

Your welcome, selamat menonton ya.


 
#2020 KBS Drama Awards #2020 KBS Entertainment Awards #2020 MBC Drama Awards #2020 MBC Korean Music Festival #2020 SBS Entertainment Awards #2020 SBS Gayo Daejeon