Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

Mya Amri
07/12/2022 12:30 MYT
Belum pun habis ditayangkan, drama Korea popular lakonan Song Joong Ki berjudul Reborn Rich telah menjadi siri mini yang paling banyak ditonton tahun ini.

Drama yang berkonsepkan balas dendam fantasi ini mendapat penarafan penonton tertinggi sepanjang tayangannya sehingga kini.

Menurut Nielsen Korea, episod kelapan Reborn Rich telah mencatatkan penarafan purata seluruh negara sebanyak 19.449 peratus, menandakan lonjakan 3.3 peratus yang mengagumkan dari sebelumnya.

Bukan sahaja mencatatkan rekod penilaian peribadi baharu, malah Reborn Rich juga kini telah mengatasi drama popular, Extraordinary Attorney Woo.

Rekod itu sekaligus menjadikan Reborn Rich sebagai siri mini yang paling banyak ditonton pada tahun 2022.

Sebelum ini, Extraordinary Attorney Woo mendapat penarafan tertinggi sebanyak 17.534 peratus untuk episod terakhir pada bulan Ogos.

Terdahulu, sejak ditayangkan bulan lalu, Reborn Rich berjaya mengekalkan momentum sempura di mana terdapat peningkatan rating penonton dengan setiap episod baharu.

#Song Joong Ki #Drama Korea #K-Drama #Viu #Reborn Rich