Artis Korea
“Memang ***** Si Suami Ni” – Dr Say Pun Emosi, Sakit Hati Tengok Drama The World Of The Married
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril juga tidak ketinggalan mengikuti perkembangan semasa dengan menonton drama Korea viral berjudul The World Of The Married.
Malah menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya juga, Dr Say turut menulis coretan sebaik sahaja selesai menonton episod pertama drama tersebut.
Tidak hanya Dr Say, isterinya, Dr Azura Abas juga turut terkesan dengan jalan cerita dan juga keberkesanan watak yang dibawakan oleh pelakon drama berkenaan.
“Baru-baru ni bini saya kerap emo dengan saya tanpa tentu arah maka saya tanya dia “apa salah I kali ni?”.
“Terus dia cakap dia geram dengan satu Korean series yang suaminya curang kepada bininya walhal bininya agak sempurna.
“Terus-terang saya cerita Korean series is not my cup of tea tapi kalau apa-apa cerita bab perkahwinan ni saya suka gila sebab pengajaran dalam tu boleh dipraktikkan dalam perhubungan saya.
“Maka saya pun tengok lah 1 episod. Habis satu episod, kesimpulan saya, memang **** si suami ni. Saya tau saya patut sokong kaum saya tapi mamat ni sumpah bodoh.
“Bukan nak cakap besar, mana tahu memakan diri saya satu hari nanti tapi kesan buruk curang ni bukan sahaja kepada pasangan tu malah kepada anak-anak dan mereka disekeliling.
“Kepada yang tak tahu, lelaki kalau curang WAJIB bersebab. Saya tahu sebab saya lelaki dan sebab ni can be as remeh as bini bebel banyak, bini lebih superior, bini dah berusia dan banyak lagi tapi lelaki cukup hebat dalam menyembunyikan SEBAB ni.
“Alasan yang mungkin wanita biasa dengar “I tak mampu berikan kebahagiaan untuk you”, “You deserve better”, “Saya tak rasa keserasian kita lagi” padahal nafsu kat anu,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi coretan yang sama, Dr Say juga menasihatkan sekiranya pihak lelaki mempunyai masalah dengan isteri sebaiknya selesaikanlah dengan cara yang lebih baik.
“Saya tak nak spoil banyak cerita ni. Dia tak dak kat Netflix lagi sebab episod masih running. Tajuknya “A World Of Married Couple” atau “The World Of The Married”.
“Kesimpulan yang cuba saya sampaikan, please mature up guys. Kalau betul rasa bini tu tak sekufu ke, bini tu tak menarik ke, bini tu annoying ke, lepaskan lah dia dengan cara yang baik dan bukannya pergi mengular dengan perempuan muda lain.
“Bayangkan kalau kena dekat kita tak ke perit perasaannya? Be wise, act wise & man up! Saya pulak emo dengan laki ni ahaha,” tulisnya.
Terdahulu, The World Of The Married menjadi drama viral kerana mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Ji Sun Woo, seorang doktor perubatan keluarga bersama suami, Lee Tae Oh dan seorang anak lelaki. Kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna.
Namun segalanya berubah apabila Sun Woo dikhianati oleh suaminya sendiri bersama orang terdekat.
Lebih memeranjatkan lagi apabila kesemua rakan yang dikenali sebenarnya tahu mengenai hubungan sulit suaminya. Mereka semua telah menipu Sun Woo termasuklah teman baiknya Myung Seok.
Malah Myung Seok jugalah yang memaklumkan kepada Tae Oh bahawa Sun Woo sudah menghidu perbuatan curangnya selain menyampaikan maklumat kepada Tae Oh mengenai Sun Woo.