Anggota kumpulan K-Pop BLACKPINK, Jisoo mendedahkan pernah digelar hodoh oleh saudara mara sendiri kerana tidak cantik.

Tidak cukup dengan gelaran kasar itu, Jisoo juga mendapat layanan buruk daripada mereka kerana dikatakan memiliki rupa paras yang hodoh.

“Sewaktu saya kecil, saudara mara melayan saya seperti orang luar hanya kerana saya tidak memiliki rupa paras yang cantik dan kelihatan hodoh.

“Selain dilayan seperti orang asing, mereka juga memanggil saya dengan gelaran monyet,” ujarnya.

Bagaimanapun selepas mendengar kisah sedih Jisoo, jurusoleknya memberikan kata-kata semangat buat Jisoo.

“Tak mengapa, awak yang paling cantik sekarang ini,” katanya.

Mendengar ayat psositif itu, Jisoo kemudiannya membalas dengan senyuman.

Jisoo berkongsi kisah silam yang pahit itu menerusi filem dokumentari berjudul BLACKPINK: Light Up The Sky yang ditayangkan di Netflix.

Dokumentari tersebut mengisahkan tentang perjalanan BLACKPINK dari menjadi pelatih sehingga ke bintang global.

Dokumentari itu juga akan mendedahkan rakaman yang belum pernah dilihat selain kehidupan asrama dan juga aksi belakang tabir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU