Sempena sambutan ulang tahun ke-25 Astro, pelanggan Astro diberi peluang untuk bertemu secara maya bersama pelakon Penthouse 2, Kim Young Dae.

Caranya mudah sahaja, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama saluran hiburan Korea terkemuka iaitu ONE.

Pertandingan yang diberi nama ONEderful Day with Kim Young Dae ini menawarkan peluang bertemu untuk secara tertutup bersama Kim Young Dae melalui sesi perjumpaan maya secara eksklusif.


Pertemuan secara virtual ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 dari jam 2.45 petang hingga 3.40 petang.

Pelanggan boleh mengambil bahagian bermula hari ini hingga 21 Mac 2021 dengan melayari laman web promotions.astro.com.my dan menjawab dua soalan mudah.

Walaupun terbuka untuk semua pelanggan Astro, penyertaan dari pelanggan Pek Korea juga dapat menggandakan peluang andaa untuk menang.

Dari penyertaan yang diterima, sebanyak empat belas pelanggan Astro bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk pertemuan maya eksklusif ini.

Pemenang akan diumumkan pada 25 Mac melalui laman web yang sama. Layari promotions.astro.com.my untuk ambil bahagian sekarang.