Apa sahaja yang dikongsikan oleh usahawan popular, Noor Neelofa mengenai anaknya, Muhammad Bilal pasti akan menarik perhatian orang ramai.

Terbaharu, Neelofa, 34, berkongsi momen dia meluangkan masa dengan bermain bersama anak lelakinya itu.

Pada perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories, isteri kepada Hariz Ismail dilihat sedang mengajar Bilal bermain satu permainan bayi yang berbentuk bongkah kayu.

Bagaimanapun, video berkenaan yang dirakam dan dimuat naik semula di laman TikTok itu telah mencuri perhatian wargamaya.

Ini kerana, ada dalam kalangan wargamaya yang memuji sikap bekas hos MeleTop itu bertutur dalam bahasa Melayu ketika memberi arahan kepada anaknya meskipun umum mengetahui Neelofa hebat berbahasa Inggeris.

“Rileks je Neelofa cakap Melayu dengan anak, walaupun kita tahu mak dia speaking macam air mengalir,” komen seorang netizen yang ditinggalkan di ruangan balas.

@seorangnur MasyaAllah ? Kaki dengan tangan awak tu gerammm betul Bilal ? #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Funny Song - Cavendish Music

Selain itu, tidak kurang juga yang merasa ‘geram’ dengan kecomelan Muhammad Bilal.

“Geram tengok Bilal, comel betul,” kata seorang wargamaya.

“Jari dia yang comel tu geram tengok,” kongsi seorang netizen.

“Geramnya tengok tangan dan kaki dia, bam bam,” ujar seorang warganet.

Untuk info, Neelofa dan Hariz Ismail mendirikan rumah tanngga pada 27 Mac 2022 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.