Artis Korea

#OhDaebak: 7012... Thank You Lee Kwang Soo Untuk 11 Tahun, Ini Surat Menyentuh Hati Running Man

gempak
Mya Amri
20/06/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#OhDaebak: 7012... Thank You Lee Kwang Soo Untuk 11 Tahun, Ini Surat Menyentuh Hati Running Man
Sesetengah orang Running Man merupakan kenangan zaman kecil (childhood memories) mereka.
Bermula episod pertama dengan anggota asalnya termasuk Song Joong Ki dan juga Gary, sehinggalah mereka berdua meninggalkan program berkenaan.
Pada ketika keputusan itu dibuat, hati penonton sudah ‘terluka’ dengan kehilangan ahli yang boleh dianggap sebagai sebahagian keluarga Running Man.
Belum lagi dikira bagaimana sebaknya anggota Running Man, lebih-lebih lagi Ji Hyo yang menangis teresak-esak sewaktu episod akhir bersama Joong Ki dan juga Gary.
Kini, suasana sebak itu sekali lagi harus dilalui oleh Running Man apabila mereka terpaksa melepaskan keluarga yang paling disayangi, Lee Kwang Soo.
Selama 3,991 hari bersiaran, Kwang Soo tidak pernah mengecewakan Running Man dan penonton. Sikapnya yang rendah diri, polos dan mengambil berat merupakan antara tarikan utama jejaka tinggi lampai ini.
Kwang Soo juga terkenal dengan beberapa gelaran sepanjang berada di Running Man antaranya pengkhianat, Girin (zirafah), Kwangvatar, Kwang Ja dan penipu.
Menerusi episod akhir yang disiarkan Jumaat lalu, jelas kelihatan wajah sedih Running Man yang seolah-olah belum rela melepaskan Kwang Soo.
Tidak pulang dengan tangan kosong, Running Man memberikan coretan terakhir buat Kwang Soo dalam bentuk surat bertulisan tangan mereka sendiri.
Situasi pada ketika itu mengundang rasa sebak apabila Kwang Soo sendiri tidak dapat menahan sedih dan mengalirkan air mata. Berikut merupakan surat tulisan tangan menyentuh hati Running Man untuk Kwang Soo:
Jin Seok Jin
Kwang Soo sudah 11 tahun sejak kita berkenalan, saya kenal awak sebagai encik Kwang Soo tinggi lampai yang bersama-sama dalam rancangan ini. Tetapi lama kelamaan awak sudah seperti adik yang akan bersama saya sepanjang hayat.
Saya gembira ketika kita bersorak ‘feel-chok, cross!’ walaupun bagi orang lain mungkin sorakan itu tidak bermaksud apa-apa. Saya sangat bersyukur dengan setiap momen kita, ikhlas dari hati. Walaupun awak tiada dalam Running Man, kita masih lagi sekeluarga. Kwang Soo saya sayang awak.
Yoo Jae Suk
Kepada adik kesayangan saya, Kwang Soo. Sudah 11 tahun sejak kita berada dalam Running Man. Awak telah lalui banyak kesukaran yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan terima kasih atas usaha awak.
Walaupun selepas ini saya tidak tahu saya akan mencelah kata-kata siapa dan dengan siapa saya mahu minta untuk mendukung saya tapi saya terfikir Se chan atau Seok Jin mungkin jadi mangsa.
Tanpa awak tentu suasana terasa kosong dan sukar. Tetapi jangan bimbang tentang kami dan buat segala yang awak ingin lakukan. Kita akan berjumpa dengan kerap. Hubungi saya dnegan kerap sekiranya awak perlukan sesuatu. Terima kasih Kwang Soo… Kerana awak, saya tidak bosan.
Kim Jong Kook
Saya tidak sedar yang kita bergembira bersama. Kita akan ketawa hanya dengan bertentang mata. Saya rasa kita tak akan pernah berubah selamanya.
“Dalam kalangan semua ahli, saya sangka kita akan bersama sehingga ke akhir rancangan jadi saya rasa lebih sedih dengan keadaan ini.
Walaupun kita tak akan bersama dalam Running Man seperti biasa, ,mari kekal bersama untuk sepanjang hayat kita. Semoga awak kekal sihat, Kwang Soo.
HaHa
Kepada adik saya yang tersayang, Kwang Soo. Hei Kwang Soo ini saya HaHa, kita berjumpa setiap minggu selama 11 tahun yang lalu jadi saya pasti kita akan dapat berjumpa lagi minggu depan.
Awak buat yang terbaik dan berusaha sedaya upaya bertahun-tahun lamanya. Ramai penonton yang akan merindui awak dan berasa sangat sedih bersama kami. Terima kasih atas usaha awak.
Kwang Soo, siapa yang akan saya usik sekarang? Siapa yang perlu saya tipu sekarang? Siapa yang akan bercakap dengan saya sepanjang malam sekarang? Saya sayang awak.
Saya harap awak akan capai semua impian awak dengan cemerlang dan hebat di mana sahaja awak berada. Saya sayang awak Kwang Soo. Kekal sihat dan bahagia. Saya ucapkan selamat tinggal dengan bersemangat, daripada HaHa.
Song Ji Hyo
Walaupun saya benci, ketika saya gembira, ketika keadaan sukar dan membebankan, ketika saya rasa beremosi, ketika saya pergi ke tempat yang tidak dikenali dan ketika saya melihat sesuatu yang hebat.
Terima kasih kerana bersama saya sejak 11 tahun yang lalu. Terima kasih atas usaha awak, adik saya Lee Kwang Soo. Saya sayang awak Kwang Soo.
“Sebenarnya seperti yang saya kata kan tadi, saya masih belum rasa sedar dengan suasana seperti ini. Saya rasa awak akan selalu ada…
“Jadi selepas menyedari suatu hari nanti awak takkan ada bersama lagi saya rasa sangat sedih dan sukar nak terima. Tapi awak perlu melawat kami pada bila-bila masa awak merindui kami. Saya sayang awak Kwang Soo.
Jeon So Min
Kwang Soo saya sangat bersyukur kerana kita bertemu, walaupun sekejap tetapi tempoh ini terasa Panjang. Terima kasih kerana berikan saya kenangan yang takkan dilupakan.
Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk setiap langkah yang awak ambil. Saya akan kekal di sini, datanglah melawat Running Man pada bila-bila masa… Kami akan tunggu awak.
Yang Se Chan
Kwang Soo terima kasih atas kerja keras awak sejak 11 tahun yang lalu… Saya gembira kerana dapat luangkan masa selama empat tahun bersama awak. Kita berbual dalam telefon selepas selesai penggambaran dan bincangkan banyak perkara.
Saya akan merindui awak. Saya akan selalu merindui awak, fikirkan tentang awak dan saya pasti terasa kosong. Mulai sekarang buat segala yang awak nak di dunia ini tanpa penalti
Lee Kwang Soo
“Kehadapan kru dan semua ahli terima kasih kerana membentuk diri ini menjadi seperti sekarang dan menjadi keluarga bagi saya dan maafkan saya…
“Selama 11 tahun saya tak buat usaha yang baik tapi saya percaya saya berusaha bersungguh-sungguh setiap minggu.
“Setiap minggu, setiap ahli Running Man berusaha sedaya upaya. Saya memohon agar diberikan lebih banyak kasih sayang dan sokongan pada masa depan… Terima kasih…
Buat Lee Kwang Soo... #OhDaebak juga ingin mengucapkan teerima kasih kepada putera Asia yang 11 tahun mewarnai hidup kami bersama Running Man... Fly high Kwang Soo... Running Man 7012...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live