Episod lapan drama Korea popular, Penthouse 2 yang bersiaran sebentar tadi ternyata membuatkan penonton semakin resah.

Episod kali ini menyaksikan Cheon Seo Jin berada dalam pelbagai krisis terutamanya berkaitan dengan perihal anaknya, Ha Eun Byeol.

Tidak cukup dengan itu, nasib Seo Jin juga semakin malang apabila dia diugut oleh Joo Dan Tae selepas membuat keputusan untuk putus dengan lelaki itu.

Dan Tae mengugut untuk mendedahkan rahsia berkenaan dengan pembunuhan Bae Ro Na kepada Oh Yeon Hee sekiranya tidak mengikut arahan, atas sebab itu perkahwinan terpaksa diteruskan.

Namun minggu ini yang menjadi perbincangan netizen adalah keadaan Logan Lee yang sering mengungkapkan ayat “tiada masa” dan “kesuntukan masa”.


Selain Logan, kehadiran kembar Shim Su Ryeon iaitu Na Ae Gyo dalam Penthouse 2 mula menjadi tanda tanya netizen.

Ramai membuat spekulasi bahawa Ay Gyo bukanlah kembar seperti yang disangka sebaliknya dia adalah Shim Su Ryeon.





Bagaiamana pula untuk episod minggu hadapan? Apa pula yang bakal terjadi?

Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!