Drama Korea adaptasi webtoon popular berjudul Taxi Driver yang merupakan pengganti Penthouse 2 ternyata tidak mengecewakan!

Baru sahaja episod perdananya bersiaran, rata-rata netizen sudah ‘disogokkan’ dengan jalan penceritaan yang hebat.

Malah Taxi Driver juga menjadi bualan hangat netizen sebaik sahaja episod dua ditayangkan sebentar tadi.

Rata-ratanya memuji kemahiran sinematografi yang sangat terperinci, skrip, dan juga kehebatan pelakon yang memainkan watak dalam drama berkenaan.

Netizen juga berpendapat pemilihan Lee Ji Hoon sebagai Kim Do Gi yang merupakan bekas pegawai pasukan khas dan juga pemandu taksi sebagai watak utama adalah sangat tepat!






Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagaian.

Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.

Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).

Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go

Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undnag.

Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Gi iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.

Kim Do Gi kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.

Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Gi menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!