Artis Korea
#OhDaebak: Bye Penthouse Dan Hello High Class! Sengsara Baru Dah Muncul, Diramal Lagi Power
Penonton setia Penthouse 3 akhirnya meluahkan rasa lega selepas drama popular itu telah melabuhkan tirai dengan episod akhir semalam.
Setelah tiga musim bersiaran dengan jalan penceritaan yang mendebarkan dan juga ‘unik’ maka tidak hairanlah drama makjang ini berakhir dengan rating tidak kurang hebatnya.
Penthouse 3 juga ditutup dengan 14 episod sebagai rancangan yang paling banyak ditonton pada hari Jumaat dan juga mini siri paling ramai tontonan sepanjang minggu.
Bagaimanapun #OhDaebak rasa kaki K-drama masih tidak boleh menarik nafas lega atau pun berehat kerana ada satu lagi drama baharu yang diramal lebih hebat dari Penthouse 3.
Drama tersebut berjudul High Class dan baru memulakan tayangannya pada 7 September lalu.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Cho Yeo Jeong and Kim Ji Soo ternyata episod pertamanya sahaja sudah cukup memberikan rasa misteri dan membuatkan penonton tertanya-tanya.
Boleh diibaratkan High Class adalah seperti adunan lengkap yang dicampurkan bersama drama Penthouse, Sky Castle, Mine dan juga The World of the Married di mana secara keseluruhannya merupakan naskhah popular.
Drama ini akan membawakan penonton melihat betapa teruknya kewujudan fitnah dan tahap hipokrit yang disembunyikan di sebalik kehidupan kayangan.
Sejauh manakah sempurnanya kehidupan wanita yang berada dalam kelompok 0.1 peratus teratas dalam masyarakat?
Nak tahu best ke tidak korang sendiri kena tonton tau!
High Class disiarkan setiap Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam di K-Plus (saluran 395) dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Sinopsis:
Song Yeo Wool (Jo Yeo Jeong) merupakan wanita sukses. Bagaimanapun dia kehilangan sesuatu yang dimilikinya kerana disangka terlibat dengan kes pembunuhan suaminya sendiri yang menyebabkan dirinya dijauhi oleh orang-orang disekelilingnya.
Song Yeo Wool pada dasarnya memiliki sifat lemah lembut dari luaranya, namun sesuatu yang penting dan berharga miliknya disentuh, maka siaplah!
Song Yeo Wool juga menemui bukti bahawa suaminya bermain kayu tiga dengan seorang wanita dikalangan komunitinya.
Jadi korang boleh bayang tak apa yang berlaku seterusnya?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video