Annyeong peminat K-drama, kali ini #OhDaebak ingin memberikan cadangan untuk menambahkan satu lagi drama hebat dari siri original Netflix berjudul Move To Heaven dalam senarai wajib tonton korang.

Agak sedikit berlainan genre dengan drama-drama Korea popular yang pernah menjadi sebutan netizen sebelum ini seperti Penthouse, Mouse dan Taxi Driver, siri Move To Heaven ini sifatnya lebih kepada kerohanian serta menyentuh emosi.

Dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Lee Je Hoon yang sebelum ini terlibat dengan drama Taxi Driver, ternyata kredibiliti dan kehebatan lakonannya tidak perlu dipertikaikan.

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)


Bagaimanapaun #OhDaebak ingin berkongsi perkara yang membanggakan tentang watak utama Move To Heaven iaitu Han Geu Roo lakonan Tang Jun Sang yang baru berusia 17 tahun.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Jun Sang merupakan warga Malaysia.

Dia juga pernah mendedahkan perkara itu menerusi temu bual bersama Xsportnews pada tahun lalu.

Kalau korang perasan nama Jun Sang kedengaran agak unik kerana pangkal nama akhir ‘Tang’ di Korea adalah amat jarang didengar sebelum ini.

Rupa-rupanya bapa Jun Sang merupakan keturunan Cina – Malaysia manakala ibunya pula berketurunan Korea dan lahir dalam keluarga yang pelbagai kaum (multi-cultural family).

Kalau nak tahu, Jun Sang juga mula mendapat perhatian menerusi drama hit Crash Landing On You menerusi watak Geum Eun Dong.

#OhDaebak juga ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana diberi peluang menghadiri sidang media eksklusif Move To Heaven yang diadakan secara virtual baru-baru ini.

Banyak perkara menarik yang dikongsikan oleh Lee Je Hoon, Tang Jun Sang, Hong Seung Hee dan pengarahnya, Kim Sung Ho.

Nak tahu apa yang dibualkan oleh mereka, nantikan artikel seterusnya ya. Tak sabar #OhDaebak nak kongsi dengan korang semua.


Drama hebat Move To Heaven telah memulakan tayangannya pada 14 Mei lalu dan sebanyak 10 episod ditayangkan kesemuanya.

Move To Heaven mengisahkan tentang Han Geu Roo (Tang Jun Sang) adalah seorang remaja yang mempunyai sindrom Asperger.

Dia bersama bapanya mempunyai perniagaan bernama Move To Heaven iaitu menguruskan barang-barang peninggalan mereka yang telah meninggal dunia.

Bagaimanapun bapa Geu Roo meninggal dunia dan dia terpaksa menyesuaikan diri dengan bapa saudaranya yang juga merupakan bekas banduan, Sang Gu (Lee Je Hoon) dan menguruskan perkhidmatan tersebut bersama-sama.

Maka di sinilah bermulanya pelabagai episod menarik dalam kehidupan Geu Roo bersama bapa saudaranya.

Jangan pandang sebelah mata mengenai drama ini sebaliknya banyak pengajaran yang dapat diambil dalam setiap episod yang ditayangkan.

Move To Heaven bukanlah hanya berkaitan dengan profesion pekerjaan unik sebaliknya cara mereka ‘melayani’ orang sudah meninggal dunia dengan rasa hormat yang tinggi biarpun apa jua keadaannya keluargannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!