Kepuasan! Itulah yang dapat dirangkumkan oleh netizen selepas menonton drama hit Korea, Taxi Driver episod 14 yang bersiaran sebentar tadi.

Boleh dikatakan episod 14 ini merupakan antara episode terbaik dalam Taxi Driver di mana Kim Do Ki merisikokan nyawa demi menyelamatkan sahabat-sahabatnya.

Bagi pengikut setia Taxi Driver, korang mesti perasan plot penceritaan dan juga pembalasan dendam yang dirancang oleh Do Ki ini bukan kaleng-kaleng.

Ditambah pula dengan aksi perlawanan yang begitu sengit seolah-olah membawa penonton berada dalam drama itu sendiri.

Di Twitter juga, netizen telah berkongsi beberapa babak hebat Do Ki dalam Taxi Driver yang benar-benar membuatkan netizen kagum.
Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagian.

Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.

Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).

Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go

Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undang.

Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Ki (Lee Je Hoon) iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.

Kim Do Ki kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.

Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Ki menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!