Siri Korea terbaharu Netflix original, My Name yang baru sahaja ditayangkan Jumaat lalu ternyata mendapat perhatian penonton

Selain jalan cerita hebat, siri My Name ini ternyata berjaya menampilkan sisi berbeza pelakon utamanya, Han So Hee yang membawakan watak Jiwoo.

Maka tidak hairanlah My Name yang memaparkan kisah dendam dan pengkhianatan ini menjadi siri Netflix pertama yang dijemput ke Busan International Film Festival (BIFF) tahun ini.

Selain Han So Hee, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Park Hee Soon, Ahn Bo Hyun, Kim Sang Ho, Lee Hak Ju dan dan Jang Yull.

Okay kali ini #OhDaebak nak memperkenalkan tiga watak-watak power dalam My Name dan lepas ni korang semua pasti faham kenapa siri ini berbaloi untuk ditonton.


#Han So Hee Sebagai Jiwoo, tuntut bela demi kematian bapa

Kemunculan So Hee kali ini sangat berlainan dengan wataknya sebelum ini dalam Nevertheless dan The World of The Married.

Perwatakan Jiwoo ini merupakan seorang wanita yang mendapati dirinya terlibat dalam lingkaran jenayah sehingga terpaksa melibatkan dirinya menyamar sebagai polis.

Dia juga merupakan seorang wanita yang sangat tabah dan agresif, semuanya kerana mahu mencari pembunuh bapanya.

BACA: #OhDaebak: Tak Gedik, Han So Hee Berubah 180 Darjah, Ini 4 Sebab Harus Tonton My Name

#Ahn Bo Hyun Sebagai Pildo, partner in crime yang best!

Kebanyakkan peranan watak yang digalas Ahn Bo Hyun dalam lakonannnya banyak meninggalkan kesan terhadap penonton sebagai contoh drama Itaewon Class.

Kali ini Ahn Bo Hyun memainkan peranan sebagai Pildo iaitu pasangan Jiwoo yang merupakan polis tertinggi di bahagian narkotik dan seorang yang mempunyai prinsip yang tidak mudah goyah!

Melalui My Name, dia memperlihatkan spektrum lakonan yang lebih luas dalam menyampaikan ekspresi tegas, kuat, perfectionis dan mempunyai prinsip tegas sewaktu bekerjasama dengan Jiwoo.

Oh! Keserasian antara So Hee dan Bo Hyun juga memang another level.


#Park Hee Soon sebagai Mujin yang misteri

Park Hee Soon merupakan seorang pelakon senior yang sangat dikagumi dalam dunia seni di Korea.

Dia juga pernah memenangi Anugerah Seni Baeksang ke-54 bagu kategori Pelakon Pembantu Terbaik filem berjudul 1987: When the Day Comes.

Untuk My Name, Hee Soon memegang watak sebagai Mujin, ketua kumpulan jenayah (dadah) terbesar di negara itu iaitu Kartel Dongcheon.

Setelah kematian rakannya Donghoon (Yun Gyeong Ho) yang dianggap sebagai keluarga sendiri, Mujin kemudiannya menerima kehadiran anak perempuan Donghoon, Jiwoo ke dalam organisasinya.

Pelbagai aksi dan juga emosi akan ditampilkan dalam My Name sehingga mampu membuatkan anda turut sama merasai keperitan yang dilalui setiap watak.

Keberkesanan lakonan mereka juga merupakan antara satu sebab mengapa My Name menjadi salah satu drama yang berjaya memikat hati penonton selepas Squid Game.

Saksikan My Name secara eksklusif di Netflix.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!