#OhDaebak: Jangan Pandang Rendah Cikgu Skema Dalam Taxi Driver, Nah Ini Makan Dia!
Mya Amri
18/04/2021 14:59 MYT
18/04/2021 14:59 MYT
Drama Korea yang semakin hangat diperkatakan ketika ini, Taxi Driver kembali dengan episod yang lebih mantap!
Mengambil kira isu semasa, episod kali ini mengetengahkan tentang isu buli yang sering berlaku dalam kalangan para pelajar.
Dalam episod sebelumnya, Kim Do Gi menyamar sebagai seorang guru untuk menunaikan hasrat seorang pelajar membalas dendam kerana sering dibuli.
Tidak seperti biasa, Do Gi kali ini memainkan watak sebagai seorang guru yang skema dan naïve menyebabkan tiga pembuli itu memandang rendah dirinya.
Pada hari pertamanya sebagai guru sahaja sudah cukup membuatkan netizen geram melihat kelakuan tiga pembuli itu, dalam erti kata lain bersikap biadap tahap melampau!
Korang rasa adakah Do Gi akan membiarkan perkara itu? Tidak ya!
Episod keempat yang disiarkan sebentar tadi menyaksikan Do Gi memulakan peranannya sebelum mendedahkan identitinya.
Dengan berperwatakan seperti seorang cikgu yang skema, berkacata mata dan kelihatan ‘bodoh-bodoh’, dia mula mengenakan pembuli berkenaan.
Malah menerusi tinjauan di Twitter juga, rata-rata netizen berpuas hati dengan cara pembalasan yang dilakukan oleh Do Gi.
Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagaian.
Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.
Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).
Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go
Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undnag.
Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Gi iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.
Kim Do Gi kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.
Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Gi menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!

#Drama Korea
#K-Drama
#Recap
#OhDaebak
#Lee Je Hoon
#Recap Drama Korea
#Taxi Driver
#Recap Drama
#Recap K-Drama