Artis Korea
#OhDaebak: K-Pop Hidden Germ! Menari Menyanyi Power, TRI.BE Dijangka Bersinar Seperti BLACKPINK
Industri hiburan Korea telah memperlihatkan beberapa bintang K-Pop baharu yang memiliki bakat mengagumkan!
Antara yang mendapat perhatian adalah kehadiran kumpulan wanita, iaitu TRI.BE yang boleh dikatakan muncul dengan pakej lengkap tidak kira sama ada dari segi penampilan, vokal yang mantap serta kehebatan tarian mereka.
TRI.BE merupakan kumpulan idola K-Pop yang pertama dari Universal Music Group dan telah melancarkan album debut mereka, berjudul TRI.BE Da Loca yang menampilkan dua single baharu iaitu Doom Doom Ta serta Loca.
TRI.BE terdiri daripada tujuh anggota iaitu Songsun, Jinha, Hyunbin, Soeun, Kelly, Jia dan Mire.
Ternyata TRI.BE memiliki aura dan pesona tersendiri yang membuatkan mereka kian bersinar di mana corak persembahan kumpulan ini di pentas mahu pun dalam muzik video cukup menyerlahkan kesungguhan tujuh idola ini.
#OhDaebak juga berpeluang untuk menemu bual TRI.BE secara eksklusif baru-baru ini dan berbual mengenai hot debut mereka.
#OhDaebak: Pertama sekali tahniah untuk kejayaan debut TRI.BE yang mendapat perhatian peminat Korea dan antarabangsa. Bagaimana rasanya apabila anda berjaya memberikan impak yang besar dalam K-Pop?
Mire: Kami berasa amat gembira dapat debut selepas membuat persediaan yang begitu lama seperti training dan latihan dengan begitu gigih. Kami berasa sangat gembira dapat berkongsi muzik, persembahan kepada peminat.
Jinha: Saya rasa sangat teruja dapat mengenali peminat tidak hanya di Korea tetapi antarabangsa juga. Rasa bertuah bila dapat tahu ramai yang enjoy dengan muzik kami. Kami juga rasa sangat bersyukur dengan kasih sayang yang peminat berikan.
#OhDaebak: TRI.BE juga antara yang dikenali kerana mempunyai kualiti yang baik dari segi nyanyi dan juga tarian. Disebabkan itu ramai yang menjangkakan TRI.BE juga bakal bersinar seperti kumpulan K-Pop yang hebat dan berbakat , BLACKPINK.
Soeun: Kami rasa sangat terharu dengan pujian yang diberikan. Bagi saya ia adalah satu penghormatan dan impian yang sangat besar untuk memiliki nama atau menjadi hebat seperti BLACKPINK. Ia adalah sesuatu yang sangat mengagumkan sekiranya kami boleh menjadi seperti itu. Kami akan cuba untuk melakukan yang terbaik dan berikan persembahan hebat. We will try our best.
#OhDaebak: TRI.BE juga muncul dengan imej yang powerfull di mana anda menunjukkan kehebatan dari segi skill tarian sehingga mendapat perhatian ramai. Apakah perasaan anda?
Hyunbin: Pujian seperti itu merupakan satu penghormatan buat kami yang masih lagi baharu dalam industri. Pada pendapat saya mungkin juga kerana gaya tarian koreografi kami sedikit berlainan dengan yang lain menyebabkan peminat merasakan seperti itu? Tetapi ikhlas dari hati saya ingin berterima kasih dan kami janji akan berusaha lebih bagus lagi untuk memberikan persembahan terbaik.
Walaupun masih baru, namun TRI.BE telah menunjukkan kebolehan mereka selain memiliki sikap yang sangat disenangi.
Jadi kepada korang yang rasanya nak kenal-kenal dengan kumpulan K-Pop baru ni, apa kata tengok-tengok TRI.BE ni.
Lagu-lagu mereka pun boleh tahan best juga ya. Rancak dan tak bosan. Macam boleh dengar berulang kali.
Kepada TRI.BE, selamat datang dan all the best.
Semoga anda terus maju dan mencipta kejayaan sama seperti kumpulan-kumpulan K-Pop hebat lain yang telah membina nama di persada antarabangsa.
Kredit foto: kstation.tv
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video