“Tak sampai lima minit mula dah sakit hati” – itulah antara reaksi netizen sebaik sahaja menonton episod enam drama Korea popular, Penthouse 2 yang bersiaran sebentar tadi.

Minggu lalu karakter Bae Ro Na yang dibawakan oleh Kim Hyun Soo menjadi trending di Twitter kerana sikap degilnya membuatkan penonton sakit hati.

Namun lain pula jadinya untuk episod kali ini apabila Ro Na disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga akibat ditolak oleh Eun Byul.



Lebih memilukan lagi, leher Ro Na telah dikelar oleh Eun Byul dengan menggunakan piala kemenangan juara terdahulu.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Ro Na dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan yang berlangsung pada malam tersebut.

Bagaimanapun detik yang dinantikan tiba juga apabila kemunculan Logan Lee membuatkan netizen berasa lega.

Plot twist! Tidak cukup dengan kehadiran Logan, kemunculan seorang wanita misteri berambut pendek mirip Shim Soo Ryeon pula sudah cukup membuatkan netizen kembali ‘gila’.


Disebabkan dua watak tersebut, netizen sudah mula kembali membuat teori masing-masing di Twitter.

Ada yang mengatakan kematian Ro Na adalah palsu dan hanya sebahagian daripada rancangan Logan untuk membalas dendam atas kematian Min Seol Ah.











Bagaiamana pula untuk episod minggu hadapan? Apa pula yang bakal terjadi?

Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!