#OhDaebak: Majikan Dari Neraka Dalam Taxi Driver Rupanya Kisah Benar Di Korea! Ini Yang Berlaku
Mya Amri
25/04/2021 15:24 MYT
25/04/2021 15:24 MYT
Drama Korea hangat, Taxi Driver kembali minggu ini dengan kes baharu yang memaparkan kisah seorang majikan yang menzalimi pekerjanya.
Kekejaman yang dilakukan oleh majikan itu terhadap pekerjanya sangat kejam sehingga netizen melabelkannya episod lima yang bersiaran semalam sebagai episod ‘Majikan Dari Neraka!'
Penderaan fizikal yang diterima oleh pekerjanya cukup sadis terutamanya apabila Young Min dipukul berkali-kali dengan pemukul besbol, ditampar dan ditumbuk tanpa belas kasihan sehingga meninggalkan trauma.
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya kes tersebut merupakan kisah benar yang berlaku di Korea yang didedahkan pada tahun 2018.
Kejadian itu mengisahkan tentang CEO WeDisk yang juga merupakan pemaju robot K-Technology telah menjadi berita utama berikutan video viralnya secara terang-terangan mengejek, memukul dan menampar pekerjanya dihadapan pekerja lain sama seperti babak dalam episod lima Taxi Driver.
Tidak cukup dengan itu, CEO Yang Jin Ho juga kemudiannya menyuruh pekerja itu melutut sebelum memukul kepalanya dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
Kalau korang perasan dalam episod kali ini, ada pekerja rambutnya berwarna. Kalau nak tahu, warna rambut itu juga sebenarnya adalah sebahagian dari kisah benar berkenaan.
Difahamkan CEO kejam itu juga memaksa para pekerjanya untuk mewarnakan rambut lebih-lebih lagi yang sudah berusia dengan warna merah dan hijau demi keseronokan dan kepuasan dirinya.
Malah sewaktu mengadakan parti makan-makan juga dia sering memaksa para pekerjanya untuk meminum alkohol dalam jumlah yang banyak dan menyeksa mereka dengan cara tidak membenarkan pekerjanya pergi ke tandas.
Kalau rasa tidak tahan mahu terkencing atau muntah, mereka perlu melakukannya di dalam bilik berkenaan.
Bagaimapun CEO bertopengkan syaitan ini akhirnya dipenjarakan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan menganiaya pekerja, binatang dan juga jenayah melibatkan rangkaian pornografi besar-besaran dalam talian.
Info: The Korea Herald / The Korea Times / Yonhap News Agency
Berbalik kepada Taxi Driver, episod keenam yang bersiaran sebentar tadi menyaksikan strategi Kim Do Ki untuk merangka pembalasan dendam bagi perkerja yang dianiaya itu.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen sangat berpuas hati dengan jalan cerita drama tersebut.
Tidak hanya habis di situ, snippet yang menunjukkan episid seterusnya juga sudah cukup membuatkan netizen resah.
Memang power betul Taxi Driver ni kan? #OhDaebak pun tak sabar nak tunggu episod minggu hadapan!
Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagian.
Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.
Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).
Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go
Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undang.
Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Gi iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.
Kim Do Gi kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.
Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Gi menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Kekejaman yang dilakukan oleh majikan itu terhadap pekerjanya sangat kejam sehingga netizen melabelkannya episod lima yang bersiaran semalam sebagai episod ‘Majikan Dari Neraka!'
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penderaan fizikal yang diterima oleh pekerjanya cukup sadis terutamanya apabila Young Min dipukul berkali-kali dengan pemukul besbol, ditampar dan ditumbuk tanpa belas kasihan sehingga meninggalkan trauma.
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya kes tersebut merupakan kisah benar yang berlaku di Korea yang didedahkan pada tahun 2018.
Kejadian itu mengisahkan tentang CEO WeDisk yang juga merupakan pemaju robot K-Technology telah menjadi berita utama berikutan video viralnya secara terang-terangan mengejek, memukul dan menampar pekerjanya dihadapan pekerja lain sama seperti babak dalam episod lima Taxi Driver.
Tidak cukup dengan itu, CEO Yang Jin Ho juga kemudiannya menyuruh pekerja itu melutut sebelum memukul kepalanya dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
Kalau korang perasan dalam episod kali ini, ada pekerja rambutnya berwarna. Kalau nak tahu, warna rambut itu juga sebenarnya adalah sebahagian dari kisah benar berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah sewaktu mengadakan parti makan-makan juga dia sering memaksa para pekerjanya untuk meminum alkohol dalam jumlah yang banyak dan menyeksa mereka dengan cara tidak membenarkan pekerjanya pergi ke tandas.
Kalau rasa tidak tahan mahu terkencing atau muntah, mereka perlu melakukannya di dalam bilik berkenaan.
Bagaimapun CEO bertopengkan syaitan ini akhirnya dipenjarakan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun atas kesalahan menganiaya pekerja, binatang dan juga jenayah melibatkan rangkaian pornografi besar-besaran dalam talian.
Info: The Korea Herald / The Korea Times / Yonhap News Agency
Berbalik kepada Taxi Driver, episod keenam yang bersiaran sebentar tadi menyaksikan strategi Kim Do Ki untuk merangka pembalasan dendam bagi perkerja yang dianiaya itu.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen sangat berpuas hati dengan jalan cerita drama tersebut.
Tidak hanya habis di situ, snippet yang menunjukkan episid seterusnya juga sudah cukup membuatkan netizen resah.
Memang power betul Taxi Driver ni kan? #OhDaebak pun tak sabar nak tunggu episod minggu hadapan!
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk info, Nelson Korea mendedahkan episod permulaan Taxi Driver mencatatkan rating yang cukup kukuh dengan 8.7% dan dan 10.7% untuk dua bahagian.
Manakala episod kedua pula merekodkan jumlah sebanyak 7.3% dan 13.5% untuk dua bahagiannya.
Jangan lupa saksikan Taxi Driver secara eksklusif setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393).
Manakala untuk platform digital pula adalah menerusi On Demand dan Astro Go
Taxi Driver mengisahkan tentang teksi misteri yang menawarkan perkhidmatan balas dendam bagi mangsa yang gagal mendapatkan keadilan undang-undang.
Kisah bermula apabila ibu kepada Kim Do Gi iaitu seorang pemuda yang mempunyai lulusan Akademi Tentera Laut Korea dibunuh ketika dia masih muda.
Kim Do Gi kemudiannya menyertai Rainbow Taxi Company sebagai pemandu teksi misteri yang menolong mangsa.
Bagaimanapun apakah motif sebenar Kim Do Gi menyertai berkhidmat untuk Rainbow Taxi? Adakah benar-benar untuk membantu mangsa atau mempunyai agenda lain?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
#Drama Korea
#K-Drama
#Recap
#Kisah Benar
#OhDaebak
#Lee Je Hoon
#Recap Drama Korea
#Taxi Driver
#Recap Drama
#Recap K-Drama
#Based On True Story
#Majikan Dari Neraka