Jangkaan episod 12 merupakan episod terakhir Penthouse 2 seperti yang dimaklumkan sebelum ini ternyata meleset sama sekali.

Menurut sumber SBS, Penthouse 2 akan berakhir pada episod 13 yang akan ditayangkan pada 2 April depan.

Okay guys! Episod 12 sebentar tadi… Fuh! Hebat betul! Banyak dah rahsia besar yang telah dibongkarkan.

Baru sahaja nak reda, muncul pula cerita mengenai Ms Jin iaitu pembantu rumah Cheon Seo Jin dan penjaga kepada Ha Eun Byeol.

Obsesi Ms Jin terhadap Eun Byeol sangat menakutkan. Netizen mula berasakan sesuatu yang aneh apabila Ms Jin mengaku bahawa dirinya adalah ibu kandung kepada Eun Byeol.




Korang rasa cukup ke setakat itu? Jawapannya No! Never! Tidak ya! #OhDaebak pun tak cukup nafas nak kejar plot twist Penthouse 2 ni tau.

Bagaimanapun netizen sekali lagi dikejutkan dengan plot twist berkenaan dengan identiti sebenar Logan Lee yang selama ini dianggap sebagai hero Penthouse 2. Alamak apa dah jadi?

Rata-rata merasakan Logan adalah dalang disebalik semua perkara yang berlaku, malah dia juga berkemungkinan lebih psiko dan jahat daripada Joo Dan Tae selepas melihat teaser untuk episod seterusnya.

Disebabkan hal itu, rata-rata netizen mula mengeluarkan teori sendiri berkenaan dengan Logan.

Antararanya:






Korang agak-agak episod minggu depan macam mana eh? Jom sembang dekat ruangan komen Facebook Astro Gempak nanti.

#OhDaebak pun nak join sama ni, fuh tak senang duduk betul.

Jangan lupa saksikan tayangan perdana Penthouse 2 setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.

Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.

Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.

Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).

Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!