Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Artis Korea

#OhDaebak: Penangan Drama Sejarah Masih Kukuh, The King’s Affection Tamat Dengan Rating Tertinggi

Mya Amri 19/12/2021 | 11:46 MYT
Drama sejarah popular, The King's Affection yang ditayangkan oleh KBS berakhir dengan rating tinggi!
Siapa kata drama sejarah dah kurang umph? Lihat sahaja penangan The King’s Affection ini pun #OhDaebak rasa sudah cukup untuk membuktikan ia masih mendapat tempat di hati penonton.
Lebih manis lagi, The King’s Affection juga bukan sahaja berjaya mengekalkan tahap populariti sepanjang penayangannya malah berakhir dengan rating tertinggi guys! Rating tertinggi, fuh!
Menurut Nielsen Korea, episod akhir The King’s Affection yang ditayangkan pada 14 Disember lalu mencatatkan purata penarafan penonton seluruh negara sebanyak 12.1 peratus.
Dengan jalan cerita yang unik, tidak bosan, pemilihan dan keserasian pelakon terbaik merupakan antara faktor drama ini menjadi drama sejarah favourite penonton selepas Mr. Queen tahun lalu.
Dibintangi oleh Rowoon SF9 dan Park Eun Bin, The King's Affection mengisahkan tentang percintaan zaman klasik dengan memperkenalkan watak utama wanitanya menyamar dan hidup sebagai seorang lelaki iaitu Putera Mahkota Lee Hwi.
Untuk korang yang belum sempat menonton The King’s Affection, korang boleh tonton di Netflix tau!
Hmmm next apa pula drama baru dalam list guys??? Dengar-dengar macam banyak ni drama Korea letop nak keluar, eish tak sabarnya!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
#Drama Korea #K-Drama #KBS #Netflix Korea #Oh Daebak #OhDaebak #Drama Sejarah Korea #The King's Affection
;